Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

LUPAKAN DULU SOAL NOMBOR

$
0
0
SEMATKANLAH pada dada masing-masing, dalam keadaan negara dicengkam virus corona, pada pembuat dasar lah rakyat bersandar.

Semasa mendengar penerangan & pejelasan kerajaan pada sidang khas parlimen 26 Julai- 2 Ogos, jika meminta laluan, utarakanlah idea-idea bernas yang sekian lama disembunyikan, sebagai pelengkap kepada program yang dirumuskan kerajaan menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) & Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Lupakan seketika, blok mana di wakili, termasuk soal nombor untuk bersama-sama menghadapi musuh yang tidak nampak, yang telah menjangkiti 964,918 dan meragut 7,574 jiwa sehingga semalam.

Hentikan menuding jari, beri lah pendapat untuk memperbaiki semua kelemahan, demi kelancaran dan penjadualan program PICK.

Semua pihak perlu mengakui, TIADA sesiapa yang mempunyai pengalaman berperang dengan pandemik seperti covid-19 ini, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Semua perlu sedar,sehingga kini, tiada negara yang menang melawan virus pembunuh ini. Melawannya memerlukan tindakan semua pihak secara bersama-sama.

Pada ketika dan masa ini, satu-satunya cara menghalang kematian kerana virus ini, hanya menerusi pemvaksinan. Semakin ramai penduduk divaksin, semakin mengurangkan kes-kes serius yang menjurus kepada hilangnya nyawa. Bukan itu sahaja, implikasinya, rakyat boleh bergerak dan meneruskan aktivti masing-masing, kerana telah terbinanya tembok atau kubu melawan virus, yang memungkinkan, kita hidup berdampingan dengan virus pembunuh tersebut.

Adalah diyakni, bukan sahaja penulis mengharapkan, semua Ahli Parlimen semasa bersidang nanti berganding bahu mengharungi peperangan ini, akan tetapi juga rakyat jelata.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808