Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

AKAN TUMBANG KAH KERAJAAN PERSEKUTUAN?

$
0
0
MEREKA yang mahu sangat menumbangkan KERAJAAN, tidak sabar-sabar menunggu parlimen dibuka. Berpeluang kah mereka? Pada keadaan apa mereka berpeluang?

Mereka tidak boleh mengambil peluang semasa Ordinan-Ordinan Darurat dibahas, diundi, untuk dijadikan RUU (Rang Undang-Undang). Mengapa? Jika mereka menentang/menolak, maka dengan sendirinya DERHAKA kepada SPBA.

Mereka ini daripada awal-awal telah memukul GENDANG, mereka sangat patuh pada SPBA. Kerana tiada yang patuh selain mereka, atas sebab itu lah mereka mendakwa, jika sidang parlimen tidak bersidang dalam tempoh 14 hari, maka pemimpin kerajaan derhaka kepada SPBA.

Kini mereka dapat mempercepat sidang parlimen, dengan tidak mengikuti jadual Kerajaan. Jadual Kerajaan, dirangka sesuai dengan perkembangan PPN (Pelan Pemulihan Negara) melawan Covid-19.

Mereka TIDAK menerima jadual kerajaan, dengan mendakwa, ianya tidak akan tercapai, atas sebab, kaedah kerajaan menurunkan jangkitan Covid-19 tidak akan BERHASIL dalam tempoh tersebut.

Bersidangnya parlimen sebelum 1 Ogos, ada lah satu pendekatan mengurangkan bahang perbalahan. Kerajaan tidak dapat melaksanakan PPN dengan lancar, kerana terus menerus diganggu.

Gangguan seperti Black Democracy yang bermisikan Kerajaangagal, ada lah sebahagian misi mereka merosak kelancaran PPN.

Semalam, PDRM terpaksa siap siaga di semua lokasi istana dan bangunan KWSP seluruh negara, kerana ancaman anonymous yang berbentuk suara robot yang disiarkan melalui media sosial menyeru rakyat protes dan meminta tindakan tersebut diviralkan. Terima kasih rakyat Malaysia, tiada yang menyahut seruan gila tersebut.

Melihat tindak tanduk mereka yang mendesak persidangan parlimen, sejak titah SPBA pada 16 Jun lalu, nampaknya telah melemah untuk menumbangkan kerajaan. Mereka telah menukar tune, untuk mendapatkan simpati rakyat. Menerusi perubahan pendekatan mereka tersebut, adalah tanda-tanda, kerajaan hari ini akan kekal untuk meneruskan PPN melawan Covid-19  menerusi penambah baikkan dengan menerima saranan-saranan/cadangan-cadangan daripada AP pembangkang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808