Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

DARURAT- PM BERKUASA MUTLAK?

$
0
0
MEREKA yang anti darurat, sebelum ini, begitu hingar bingar, jika darurat dilaksanakan, maka Perdana Menteri akan mempunyai kuasa mutlak.

Kini, ketika darurat sedang berkuatkuasa, mereka yang sama juga hingar bingkar, Perdana Menteri tiada kuasa, ertinya, SPBA tidak perlu lagi mendapat/mendengar nasihat daripada Perdana Menteri.

Kumpulan ini, sebenarnya tergolong kumpulan yang menghalalkan cara, yang mana pendapat mereka disesuaikan dengan keinginan. Malangnya, ada di antara mereka terdiri daripada peguam, ahli akademik. Mengapa mereka TIDAK bertindak konsisten? Sehingga melacurkan, status mereka?.

Keterujaan mereka berkaitan TITAH SPBA bahawa parlimen perlu bersidang SECEPAT MUNGKIN, sehinggakan ada diantara berfikir, diluar Perlembagaan dan undang-undang negara, seolah-olah titah SPBA tersebut tidak perlu pengurusan yang menepati Perlembagaan dan Undang-undang negara, sebaliknya menganggapnya seperti memasak MEE SEGERA “cepat dimasak cepat dimakan”.

Kerajaan sudah bertindak tepat, apabila menjunjung titah SPBA, berasaskan Perlembagaan dan Undang-undang negara.

Mengapa mereka ini, kerasukan mengadakan sidang parlimen dengan segera? Sudah tentu, ada maksud besar yang mereka ingin lakukan.

Siapa yang boleh menjamin, bahawa mereka yang kerasukan ini, hanya membahas ordinan-ordinan darurat dan pelan pemulihan kesihatan dan ekonomi? Sudah terbukti, sebelum ini pun, mereka ini tidak patuh pada TITAH SPBA. Mereka ini, hanya PATUH secara terpilih, yang menepati keinginan mereka PATUH, yang tidak INGKAR!!!.

Rakyat negara ini, kena bijak menilai, pendapat, hujah mereka yang termasuk dalam golongan menghalalkan cara ini.Kegagalan rakyat membacanya, akan membawa musibah lebih besar kepada rakyat secara umum.

Rakyat perlu menilai, mengkaji dengan seteliti mungkin, bahawa tindakan kerajaan hari ini, tiada duanya, berhadapan dengan MUSIBAH luarbiasa ini.

Bagi penulis, jika seandainya KERAJAAN HARI INI tumbang, maka rakyat akan berhadapan situasi yang amat megerunkan, kerana apa? Rakyat akan sekali lagi dijadikan “kelinci uji cuba”, rakyat akan berhadapan dengan “trail and error”.

Rakyat jangan sesekali terjebak dengan “para pemimpin”yang mencari “nyawa politik”, dan yakin lah, mereka itu hanya menggunakan rakyat sebagai topeng, untuk menjamin masa depan kedudukan mereka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808