Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PROKLAMASI DARURAT BAIK UNTUK RAKYAT

$
0
0
HANYA segelintir rakyat yang tersenarai sebagai “so-called politicions” yang anti sangat dengan proklamasi darurat.

Mereka ini, berhujah, menggunakan demokrasi sebagai alasan. Mereka mendakwa, kononnya demokrasi “mati” kerana parlimen tidak bersidang.

Mereka menyempitkan pengertian demokrasi, seolah-olah demokrasi itu hanya ada/wujud, jika parlimen bersidang. Benar kah? Penulis tidak ingin membincangkannya.

Minggu lalu dan semalam, selesai sudah majlis menghadap kepada SPBA semua pemimpin utama parti politik dalam negara. Dari semua pemimpin tersebut, semua parti pembangkang termasuk Umno, berminat sangat darurat ditamatkan pada 1 Ogos, supaya parlimen dapat bersidang.

Mengapa mereka ini berminat sangat darurat ditamatkan? Sedangkan darurat itu, memihak kepada rakyat jelata!!!.

Menerusi darurat, Kerajaan dapat bertindak dengan cepat, sebarang keperluan rakyat,terutama berkaitan langkah-langkah melawan Pandemik Covid-19.

Berbagai langkah segera yang dapat dilaksanakan tanpa melalui birokrasi yang berlapis-lapis, umpamanya pembukaan pusat-pusat PPV, pelaksanaan unit bergerak “outreach” terutama di luar bandar untuk maksud vaksinasi, keputusan suntik dahulu-daftar kemudian, selain pelaksanaan bayaran tunai dan bakul-bakul makanan kepada rakyat yang terkesan.

Mereka yang termasuk dalam “so-called politicions” ini, cuba “MENGELURKAN” rakyat, melalui HUJAH, sandaran adalah SPBA untuk menghidupkan “demokrasi” dalam negara.

Mereka ini “seolah-olah”tidak tahu, bagai mana fungsi SPBA dalam Perlembagaan, khasnya “Raja Berpelembagaan”. Dalam Perlembagaan dengan jelas SPBA hanya ada tiga (3) kuasa bebas, iaitu MELANTIK PERDANA MENTERI, MEMBUBARKAN PARLIMEN DAN MEMANGGIL MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA.

Dalam soal darurat, walaupun ada Jawatankuasa bebas darurat yang dilantik SPBA untuk memberi nasihat teknikal, apa kah darurat perlu ditamatkan lebih awal atau diteruskan, akan tetapi, SPBA masih tertakluk kepada nasihat Jemaah Menteri yang diwakili Perdana Menteri.

Apabila diteliti, sejak proklamasi darurat, Kerajaan hari ini, hanya menggunakan darurat tersebut untuk memperlancar menjaga kebajikan rakyat, khususnya daripada ancaman virus pembunuh CORONA!!! Dan pada masa yang sama, menseimbangkan dengan keperluan kebajikan rakyat.

Tiada kerajaan yang mahu menjahanam sistem kesihatan dan ekonomi negara, atas sebab itu, walaupun SANGAT mencabar, TERPAKSA juga membuka aktivti-aktiviti ekonomi, walaupun, ianya mengundangkan kepada penularan virus pembunuh, dan pada masa yang sama menguatkuasa SOP berkaitan kesihatan yang cukup ketat.

Kita perlu akur, walaupun SOP yang ketat dikuatkuasakan, akan tetapi, ada juga segelintir yang leka, tidak patuh, yang menyebabkan virus mendapat indung untuk berkembang biak.

Bagi penulis, kerajaan hari ini, benar-benar mengunakan kuasa yang diberikan, termasuk kuasa menerusi proklamasi darurat semata-mata untuk rakyat NEGARA INI.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808