Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

VAKSIN COVID-19: SUNTIK DULU-DAFTAR KEMUDIAN-PILIHAN TERBAIK

$
0
0
BAGI Negeri Sabah, pendekatan SUNTIK DULU DAFTAR KEMUDIAN, boleh dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.

Ambil contoh di Tambunan, jangkaan yang akan hadir 100, tetapi yang hadir 500.

Jika keadah SUNTIK DAHULU-DAFTAR KEMUDIAN, diguna pakai, diyakini, sebelum hujung tahun, 80% penduduk Sabah mendapat vaksin lengkap.

Mempercepat proses vaksinasi mempunyai banyak manfaat, kerana membolehkan rakyat bergerak bebas, aktiviti ekonomi boleh berjalan seperti biasa, selain dapat menjimat wang kerajaan.

Jika vaksin tersedia, laksanakan kaedah SUNTIK DAHULU-DAFTAR KEMUDIAN, kerana mekanisme menerusi MySejahtera, bukan sahaja lambat,akan tetapi, tidak mendapat sambutan.

Kerajaan Sabah, mempunyai anggota yang mencukupi di lapangan, kerana adanya UPM (Unit Pemimpin Masyarkat) yang boleh mengerakkan Ketua-Ketua Kampung, JKKK, selain bantuan RELA dan agensi-agensi lainnya, untuk tujuan menjadualkan, setiap rakyat yang perlu divaksin, berasaskan mukim/lokliti/kampung.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen atau ADUN boleh dijadikan ONE-STOP CENTRE bagi setiap parlimen/DUN.

Rakyat Sabah yang berumur 18 tahun tidak sampaipun 3juta. Jika setiap One-Stop Centre boleh mengatur 500 suntikan sehari, paling lambatpun pada bulan Oktober, 2021, semua yang perlu divaksin lengkap menerima vaksin. Fikir-Fikirkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808