Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HADAPI COVID-19: KERAJAAN GRS BERSAMA RAKYAT-HAJIJI

$
0
0
KERAJAAN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor, menzahirkan, di kala pandemik COVID-19, kerajaan sentiasa BERSAMA rakyat.

Kerajaan negeri, selain mempergunakan kewangan negeri berjumlah RM120,469,481 untuk Bantuan Sabah Prihatin 3.0 dan juga tambahan RM34.4juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik  akan tetapi juga semua menteri dan pembantu menteri menyumbang 50% gaji bagi bulan jun dan julai sebagai dana untuk membantu rakyat mengharungi pandemik Covid-19.

Bukan itu sahaja, semua ADUN GRS secara sukarela menyumbang 30% eluan sebulan mereka untuk dana pengurusan pandemik ini di Sabah.

Kesanggupan semua wakil rakyat kerajaan menyumbang gaji mereka untuk tujuan pengurusan pandemik, untuk menunjukkan kebersamaan kepada rakyat mengharungi musibah yang amat dahsyat ini.

Sabah dilanda jangkitan mencnak covid-19 ekoran pelaksanaan PRN-16 Sabah pada September, 2020.

Sebahagian besar pemimpin GRS pada masa itu, tidak bersetuju diadakan PRN bagi Sabah, kerana ancaman pandemik covid-19, namun apa kan daya, DUN dibubarkan oleh Ketua Menteri masa itu.

Demi kepentingan rakyat yang sebahagian besarnya terkesan dengan pemerintahan Warisan yang diterajui Datuk Shafie Apdal, maka semua parti GRS turut menyertai PRN, walaupun ancaman covid-19 sedang berlaku.

Kerana PRN-16 Sabah tersebut, rakyat membayar  besar termasuk nyawa, semata-mata untuk menyokong kerajaan Sabah hari ini. Dengan pengertian tersebut, adalah tepat sekali, kenyataan Ketua Menteri Sabah, bahawa semua jajaran kepimpinan GRS, sentiasa bersama RAKYAT SABAH.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808