Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

FASA PERTAMA "LOCKDOWN" BERMULA ESOK: APA HARAPAN?

$
0
0
HARAPAN? jika tidak pun angka jangkitan menurun ke satu angka, setindak-tidaknya KAPASITI kemudahan kesihatan kembali normal.

Tempoh dua minggu, hanya TINDAKAN awal mengekang jangkitan.

Berasaskan pengalaman negara, sekurangnya-kurangnya tiga bulan diperlukan untuk mengembalikan kapasiti kemudahan kesihatan bernafas lega.

Memandangkan virus covid-19 sudah berada di tengah-tengah komuniti, tindakan "total lockdown" adalah tindakan wajar dilakukan.

Melihat SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan 17 aktiviti yang masih melibatkan kontak antara manusia, harapan melandaikan keluk jangkitan, TIADA akan berlaku dalam masa sesingkat mungkin.

Kerana senario demikian, tindakan mengekang jangkitan, TIDAK sepatutnya hanya berada di pundak MKN atau kerajaan, akan tetapi KERJASAMA rakyat adalah penentu, kejayaan.

Dalam keadaan yang mencekam ini, SIFAT jujur rakyat, amat diperlukan. Tanpa kejujuran, apa pun tindakan, tidak akan membawa hasil yang diharapkan.

Kerana di kalangan rakyat masih melekat ketidak jujuran, maka tindakan kerajaan yang serupa, mengharapkan hasil yang berbeza, tidak akan berjaya.

Ketidak jujuran di kalangan rakyat, termasuk juga pemimpin, adalah penyumbang kepada ketidak patuhan SOP, sehinggakan wujudnya kluster-kluster, yang sepatutnya dapat dielakkan.

Jika seorang pemimpin TIDAK menjadikan GURAUAN fatwa Mufti Wilayah Persekutan sebelum HARIRAYA, bahawa rentas negeri dan daerah semasa pandemik ada lah HARAM, MAKA tidak akan berlaku "curi-curi" rentas daerah atau negeri, dengan berbagai ALASAN, termasuk "menipu" hasil ujian swab covid-19.

Virus tidak memilih. Sesiapa yang leka, terdedah pada jangkitan. Rakyat biasa melihat, di kalangan pemimpin juga terkena jangkitan, yang sepatutnya, para pemimpin lah yang menunjukkan contoh TIDAK terkena jangkitan,kerana PATUH SOP sepenuhnya.

Kerana ada pemimpin terkena jangkitan termasuk menteri, maka di kalangan rakyat timbul persepsi, BAPA KENCING BERDIRI,ANAK KENCING BERLARI. Keadaan diperburuk lagi, apabila ada kenamaan atau mereka yang mempunyai nama seperti artis, ramai yang tidak mematuhi SOP termasuk RENTAS daerah/negeri TANPA kebenaran.

Memang diakui,pematuhan rakyat terhadap SOP telah melangkaui 90%, namun, kerana tindakan segelintir, maka menimbulkan kluster-kluster jangkitan.

Dalam keadaan "total lockdown" rakyat yang terkesan,khususnya mereka yang TIDAK mempunyai simpanan, terpaksa MENCATU makanan, untuk menghindar mati kelaparan.

Rakyat negara ini, masih bernasib baik,kerana stok makanan atau keperluan harian sentiasa mencukupi, hanya memerlukan wang untuk mendapatkannya. Kerana keadaan demikian, maka TIDAK akan berlaku, kekurangan makanan.

Tindakan KERAJAAN yang perhatin, termasuk wakil-wakil rakyat dan NGO, setakat ini, masih tergolong pemurah,kerana membahagi rasa keperitan,khususnya kepada rakyat yang terkesan.

Dalam keadaan bencana ini,KERAJAAN dan PEMIMPIN ada lah KETUA keluarga yang mempunyai TANGGUNGJAWAB memastikan anak-anak dan keluarga cukup makanan di atas meja.

Untuk mengurangkan TEKANAN kepada KERAJAAN dan PEMIMPIN, kerjasama segenap RAKYAT adalah diperlukan. 

Kepada PEMIMPIN yang masih BERPOLITIK,hentikan lah cara demikian,BANTU LAH kerajaan dan pemimpin yang sedang bertungkus lumus, melawan PANDEMIK atau MUSUH yang TIDAK kenampakkan ini.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808