Para pemimpin dan penyokong parti Warisan Sabah, kena menerima hakikat, bahawa masa depan parti itu di Sabah semakin malap.
Selain parti yang belum bertapak di peringkat akar umbi, juga kerana pengalaman buruk rakyat selama 26 bulan di bawah pemerintahan parti tersebut.
Reputasi Warisan serupa dengan Pakatan Harapan, semasa memerintah, lebih banyak mencatitkan pengalaman buruk kepada rakyat.
Tidak pernah berlaku dalam politik Sabah, sebuah kerajaan yang memerintah tidak cukup sepenggal, kalah dalam pilihan raya, kerana sebelum ini, sejak Sabah merdeka, parti yang memerintah, hanya kalah selepas dua penggal, sebab itu ada istilah JINX dua penggal, bagi seseorang pemimpin yang memegang jawatan Ketua Menteri.
JINX dua penggal hanya termusnah, selepas Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada Mac, 2003, kerana Ketua Menteri ke-13 Sabah tersebut bertahan pada jawatan sehingga 11 Mei, 2018.
Musa kehilangan jawatan, bukan kerana kalah dalam pilihan raya, akan tetapi tindakan berpaling tadah daripada wakil rakyat untuk menyokong Shafie. Walaupun kehilangan jawatan selama 26 bulan, Musa hampir mendapatkan semula jawatan beliau pada Julai, 2020, namun tidak terealisasi, kerana DUN Sabah dibubarkan lebih awal, untuk PRN-16 Sabah.
Pada PRN-16, parti-parti yang disokong Musa, memenangi pilihan raya tersebut, dan membentuk kerajaan pada 29 September, 2020.
Kerana Shafie dan pemimpin Warisan, bukan sahaja terlopong, malah mungkin tidak menyangka, bahawa rakyat Sabah tidak lagi menerima mereka sebagai kerajaan, selain terasa bahang, bahawa masa depan parti mereka semakin malap, maka, berusaha menimbulkan isu untuk merosakkan kerjasama parti-parti dalam kerajaan.
Target mereka, adalah parti PBS, kerana, mereka berfikiran, bahawa mentaliti para pemimpin parti tertua Sabah tersebut, sama seperti parti UPKO, pimpinan Datuk Madius Tangau. Ternyata, pada kali ini, mereka, bukan sahaja dimalukan, malah, telah mendedahkan, bagaimana busuknya dan jijiknya, selain kemaruknya mahu berkuasa, menerusi cara-cara busuk dan menghalalkan cara.
Kenyataan Presiden PBS bersedia bekerjasama dengan Warisan, bukan membawa maksud kerjasama membentuk kerajaan, akan tetapi kerjasama antara wakil rakyat untuk membangun negeri dalam penggal ini, kerana parti itu masih mempunyai 20 ADUN yang menang dalam PRN-16 Sabah.
Kerajaan GRS, jika mahu mengubah perlembagaan, atau sebagainya, perlu sokongan 2/3 ADUN. Jumlah 2/3 itu adalah 53 daripada 79, dan pada masa ini, kerajaan kekurangan 5 ADUN. Maksud kerjasama politik, ada lah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan negeri, bukannya kerjasama menubuhkan kerajaan menerusi penjajaran politik.