Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PELAMPAU POLITIK-IBARAT JERUNG KELAPARAN-HADI

$
0
0
PELAMPAU politik dalam negara, ibarat jerung kelaparan, demikian ciapan Presiden Pas- Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang di laman facebook beliau pada Isnin.

Pelampau politik ini, menurut Ahli Parlimen Marang tersebut, menjadikan faktor ekonomi dan keselamatan sebagai alasan untuk menentang perintah darurat yang dilaksanakan kerajaan menangani pandemik covid-19.

Presiden Pas tersebut tanpa merujuk mana-mmana kumpulan, berkata golongan itu dilihat tidak mementingkan bahaya Covid-19 hanya semata-mata untuk mencapai agenda politik untuk mendapatkan kuasa yang terlepas.

Kumpulan tersebut, menurut Presiden Pas tersebut, langsung tidak mempedulikan bahaya covid-19, sebaliknya berpolitik sepanjang masa dan merancang langkah politik umpama jerung lapar berlindung di sebalik batu.

Hadi menyifatkan, walaupun golongan tersebut menjadikan faktor ekonomi dan keselamatan dijadikan alasan, perkara itu hanyalah sekadar "batu pelindung" nafsu politik mereka yang melampau.

Golongan tersebut, masih tidak boleh meninggalkan perangai politik gila yang melampau kerana kehilangan kuasa dalam khyalan berebut kuasa satu sama lain dalam kumpulannya.

Untuk memenuhi nafsu politik, mereka merancang langkah politik laksana jerung lapar bersembunyi di sebalik batu, kerana sukar mendapatkan semula kuasa dengan segala cara apa yang benar atau bohong.

Mereka lupa, bahawa jerung besar dan ganas itu tidak mudah untuk berlindung seperti udang di sebalik batu, tambah Presiden Pas tersebut.

Pada masa yang sama, Hadi mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dan mengenali lagak sebenar pelampau politik ini.

"Lihat saja kelibatnya, sepatutnya sudah dapat dikenali apa kah jenis ikannya, sama ada udang di sebalik batu atau ternyata laksana jerung yang sedang menunggu".

"Kelibat mereka ini, laksana pelampau politik yang tergila-gilakan untuk berkuasa, yang akhirnya pada kemudian hari mereka akan menyesal disebabkan menyalahgunakan kuasa" sambung AP Marang tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808