Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PETER ANTHONY- MAHKAMAHPUN BOLEH DIBOHONGI

$
0
0
PADA 19 April, mahkamah tinggi Kuala Lumpur terpaksa menangguhkan perbicaraan Naib Presiden Parti Warisan Datuk Peter Anthony yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama ke 3 Mei depan, kerana menurut peguam beliau Datuk D Senthinathan, pemimpin Warisan tersebut terpaksa menjalankan kurantin kendiri 10 hari bermula daripada 16-26 April, atas sebab anak guam tersebut merupakan kontak rapat pesakit covid-19.

Namun, adalah didapati Peter telah menghadiri satu majlis "Sembang Mesra" Pemimpin Masyarakat KDM Limbahau, Papar bertempat di Big Tree, Limbahau jam 2.30 petang. Dalam satu rakaman video, pemimpin Warisan tersebut bukan sahaja hadir tetapi berucap pada majlis tersebut.

Peter dibicarakan berkait pemalsuan dokumen. Beliau didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nampaknya, Peter menghantar isyarat, bahawa mahkamahpun bukan sahaja boleh dobohongi akan tetapi boleh dipermainkan.

Pihak penguatkuasa undang-undang, perlu memastikan perkara seumpama ini, sepatutnya tidak berlaku, kerana, boleh membawa kepada persepsi rakyat yang kurang baik kepada undang-undang negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808