BUKAN luarbiasa di Sabah, parti yang tidak mendapat kuasa 2/3 semasa pilihanraya, akan kekal dalam penggal tersebut, tanpa mendapatkan sokongan tersebut.
Jika menghibau kembali, era lalu, seperti era Usno, Berjaya, PBS, BN,malah era Warisan, kerajaan off the day mendapat sokongan 2/3 DUN Sabah.
Sebelum kerajaan Warisan tumbang pada julai, 2020, kerajaan tersebut mempunyai sokongan 2/3 DUN Sabah, sebab itu, apabila ada ura-ura Kerajaan pimpinan Datuk Shafie tersebut bakal tumbang, ekoran tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari, 2020, Shafie "rubbish" sangkaan tersebut.
Kerajaan Sabah yang diterajui GRS memerlukan kuasa 2/3 jika ingin mengubah perlembagaan negeri. Kuasa itu, untuk sementara tidak dapat dilakukan, kerajaan kurang 5 sokongan ADUN.
DUN Sabah yang mempunyai 79 ADUN, kuasa 2/3 ada lah 53. Pada masa terkini GRS hanya mempunyai 48 sokongan, kurang 5 ADUN.
Semasa kerajaan Warisan, Shafie telah mengubah perlembagaan negeri, berkaitan kedudukan TYT Sabah, yang biasanya hanya untuk 2 penggal, akan tetapi diubah tanpa tempoh masa, seolah-olah kedudukan tersebut, seperti lazimnya kedudukan raja atau sultan di negeri-negeri beraja.
Kerajaan GRS, perlu mempunyai kuasa 2/3, kerana perlu mengubah kandungan perlembagaan, khususnya berkaitan kawasan hutan, yang diperlukan untuk pembangunan. Tanpa kuasa 2/3 undang-undang seperti itu tidak dapat dilaksanakan.
Banyak lagi keperluan kuasa 2/3 negeri,misalnya berkaitan kuasa-kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang telah dihibahkan sepenuhnya ke Suruhuhanjaya tersebut, sehinggakan Pengarah Perkhidmatan Negeri, tiada lagi kuasa melantik kaki tangan baharu, seperti mana dahulu.
Kerajaan GRS, perlu mempunyai undang-undang selari dengan perkembangan semasa, sesuai dengan visi kerajaan SABAH MAJU JAYA.