Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

DESAK SIDANG PARLIMEN-HELAH SINGKIR PERDANA MENTERI

$
0
0
KINI terdedah sudah, maksud dan tujuan mengutus warkah kepada YDPA mendesak sidang parlimen dan membatal proklamasi darurat, hanya helah menyingkir Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar dengan jelas menyatakan, apabila 114 atau 115 AP tidak bersetuju proklamasi darurat dan mendesak sidang parlimen, dengan sendirinya menjawab menyingkir Perdana Menteri menerusi parlimen. 

Dalam keadaan sekarang bukan masanya menukar Perdana Menteri atau kerajaan, kerana masa ini, adalah masa darurat melawan covid-19. 

Tiada jaminan, sekalipun Perdana Menteri diganti atau Kerajaan baharu dibentuk, maka jangkitan covid-19 tiba-tiba mereda, sebabnya tiada mana-mana pihak mempunyai tongkat sakti atau kuasa magis menghentikan jangkitan corona virus dalam kadar segera. 

Jika YDPA tidak mengubah perkenan berkaitan proklamasi darurat, maka semua pihak perlu akur, tempoh darurat tersebut perlu berjalan sehingga tarikh yang ditetapkan atau mana lebih awal, bergantung kepada jangkitan covid-19 dalam negara. 

Apabila jangkitan covid-19 mereda, maka jika diadakan PRU-15, seperti mana jaminan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, pada masa itu terpulang kepada rakyat, parti mana atau pemimpin mana diberi mandat. 

Pada masa sekarang, rakyat sedang memerhati, puak-puak mana yang rakus kepada kedudukan, puak-puak mana yang mengutamakan nyawa dan kebajikan rakyat. 

Rakyat tahu, apabila Tan Sri Muhiyiddin dilantik ke jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac, 2020, beliau tidak pun disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri. Nama beliau hanya timbul pada 27 Februari, 2020, apabila Tun Dr Mahathir memberi isyarat, jika Presiden Bersatu tersebut mempunyai sokongan, beliau TIADA halangan. 

Kebanyakan rakyat negara ini, tahu betul sebelum Tan Sri Muhiyiddin dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8, calon Perdana Menteri pada pusingan pertama selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan pada 24 Februari, ada lah Tun dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila YDPA mendapati tiada daripada keduanya mendapat sokongan majoriti, maka pusingan kedua menamakan calon Perdana Menteri ke-8. 

Sehingga awal pagi 29 Februari, 2020, dua nama calon Perdana Menteri ke-8, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan TS Muhiyiddin. Akan tetapi adanya gerakan awal pagi, sebelum semua AP menghadap YDPA pada 29 Februari, berlaku pertukaran calon, daripada Datuk Seri Anwar kepada Tun. Dengan pertukaran strategi daripada kumpulan Anwar dan Tun tersebut, maka menyebabkan sebahagian AP bukan sahaja terperanjat, malah kelam kabut, kerana sebelum pertukaran strategi tersebut, diyakini TS Muhiyiddin mempunyai sokongan padu daripada sebahagian besar AP. Akibat perubahan di saat-saat akhir tersebut, TSMY masih mendapat 114 sokongan daripada 222, atas sebab itu lah YDPA memperkenan perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-8 negara. 

Mereka yang menyokong TSMY daripada 29 Februari, 2020, telah tahu, bahawa kerajaan yang ditubuhkan beliau, adalah kerajaan yang mempunyai sokongan paling tipis di dunia. Kerana keadaan tersebut, maka sepatutnya, AP yang menyokong daripada awal-awal lagi tidak wajar menimbulkan soal majoriti tipis. 

Selepas 8 bulan kerajaan yang ditubuhkan, semasa sokongan belah bahagi Bajet 2021, seorang AP berkecuali, walaupun demikian, sokongan kepada bajet tersebut masih memadai kerana disokong 111 daripada 220 AP, ringkasnya 111 lawan 108. 

Dengan diluluskannya Bajet 2021, rakyat negara ini menyambutnya dengan gembira, kerana urusan kerajaan melawan pandemik covid-19 dan pemulihan ekonomi akan berjalan lancar. Namun, sebelumpun kerajaan boleh bernafas, seorang AP yang menyokong kerajaan menarik sokongan, kemudian disusuli oleh seorang lagi selepas proklamasi darurat pada 12 Januari, 2021. 

Kini, Proklamasi Darurat sudah diwartakan. Apapun, tindakan mereka ini, tidak akan membawa apa-apa makna, kecuali atas PERKENAN YDPA. 

Tertakluk kepada budibicara YDPA, apa kah “memberi” perkenan kepada pendesak atau kumpulan GILA KUASA!!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808