Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Punca Kelvin Morais Dibunuh

$
0
0
1. Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morias dibunuh kerana terlibat kes rasuah yang dikendalikannya di Shah Alam dua minggu lalu.

2. “Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

3. Suspek utama, seorang doktor, Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 52, Ketua Makmal Patology di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah.

4. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

5. Suspek didakwa meminta dan menerima rasuah daripada pemilik syarikat persendirian sebagai dorongan bagi membolehkan syarikat terbabit membekalkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada hospital.

6. Sebelum itu, polis yang menahan tujuh suspek, dibawa seorang daripada mereka ke lokasi kejadian di Jalan Subang 3, di Subang Jaya.

7. “Kami percaya suspek lain digunakan untuk membantu menculik Morais. “Semua suspek kini direman selama 14 hari untuk membantu siasatan,” kata Mohammad Salleh.

8. Dalam pada itu, ahli keluarga Morais sudah melakukan proses pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

9. Morais dilaporkan hilang selepas dilihat meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk ke pejabat di Putrajaya 4 September lalu.

10. Siasatan polis mendapati, Morais yang menaiki Proton Perdana diekori empat lelaki yang kemudiannya menculiknya di Bangsar.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808