PEMBANGKANG enggan menerima hakikat bahawa penggantungan sidang parlimen sejurus selepas Belanjawan 2021 diluluskan merupakan berita gembira buat rakyat.
Mungkin atas keadaan tersebut, menjadi kelebihan (advantage) kepada kerajaan, maka tindakan menganggu perlu dilakukan.
Anwar bersama Pakatan Harapan Plus, pejuang dan segelintir (AP Umno?) cuba menimbulkan gangguan, menggunakan pendekatan ‘MENGUTUS WARKAH” kepada YDPA, kononnya memohon ikhsan, agar sidang parlimen dibenarkan bersidang.
Memang ramai yang tahu niat warkah tersebut, bukan lah demikian, kerana NIAT sebenarnya, adalah untuk mendapatkan jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Benar juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenampakan sangat teruja, apabila 114 atau 115 AP telah mengutus warkah kepada YDPA. Dengan jumlah tersebut, maka Anwar meletakkan bola di kaki baginda untuk membuat keputusan.
Anwar cuba menggambarkan kepada rakyat, bahawa jika kerajaan baharu tidak dibentuk, maka YDPA berpihak kepada kerajaan yang tiada sokongan.
Kini Anwar berjaya (jika betul jumlah AP yang beliau nyatakan) telah menulis surat, walaupun dengan pasti 108 AP yang membangkang telah berbuat demikian.
Matlamat Anwar dengan berselindung dengan perkataan “TIDAK DERHAKA” sebaliknya ‘MOHON IKHSAN” yang juga dikongsi oleh Presiden Warisan-Datuk Shafie Apdal, setidak-tidaknya dapat mengheret YDPA dalam kancah politik.
Telah tersangat jelas, tujuan Proklamasi Darurat yang dipertikai Anwar dan the geng, adalah untuk membolehkan semua urusan kerajaan dilaksanakan dengan lancar walaupun parlimen tidak dapat bersidang sehingga tempoh darurat tamat kelak.
Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini memberi perkenan agar proklamasi darurat dilaksanakan pada 12 Januari sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di Malaysia.
Penulis tidak nampak, mana-mana pihak termasuk kerajaan yang sedia ada mempunyai tongkat sakti atau magis mengnyahkan covid-19 dengan serta merta.
Mana-mana kerajaan, perlu mengikut kerangka yang telah disusun, tindakan yang telah diambil untuk melawan virus pembunuh tersebut.
Seharusnya dalam keadaan genting ini, semua pihak berganding bahu melawan corona virus terlebih dahulu, supaya nyawa rakyat terselamat, bukannya mencontohi keputusan Shafie Apdal yang menyebabkan gelombang ketiga jangkitan covid-19 di negara kita.
Kini, Shafie adalah sebahagian lagi yang menganggu gugat kelancaran urusan kerajaan. Mungkin beliau tidak berpuashati melihat musbiah yang dihadapi rakyat ekoran keputusan beliau mengadakan PRN-16 Sabah.