Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MENGAPA DARURAT JADI ISU?

$
0
0
EMPAT PULUH TIGA (43) tahun, Malaysia dalam keadaan darurat (1969-2012), tidak pun menjadi isu.

Dalam tempoh masa itu, termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. 

Walaupun sidang parlimen hanya bermula pada Februari, 1971 sebagai implikasi darurat 13 Mei, 1969, selepas itu pilihanraya berjalan seperti biasa, sidang parlimen seperti biasa. 

Sejarah darurat di Malaysia, tidak pernah menyeleweng daripada tujuan proklamasi darurat tersebut. 

Apa isunya darurat kesihatan kerana covid-19 yang berkuatkuasa antara 11 Januari hingga 1 Ogos? 

Walaupun parlimen tidak bersidang, akan tetapi belum terbubar. Fungsi ahli parlimen seperti biasa, fungsi kerajaan seperti biasa, demikian juga fungsi kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan tidak berubah, hanya mungkin ada tambahan tugasan sesuai dengan matlamat darurat, iaitu melawan pandemik covid-19 dan juga kesannya terhadap ekonomi. 

Mengapa ahli parlimen yang cerdik pandai termasuk yang ada PhD, calon PhD masih tidak faham tujuan proklamsi darurat tersebut? Kalau ahli parlimen pembangkang mempertikan proklamasi tersebut, memang tugas mereka, apa kah tindakan kerajaan itu betul atau tidak, tetap sahaja dibantah atau dipertikai. Menurut Salahuddin Ayob, kalau mereka tidak main politik, nak main apa? Congkak!!!. 

Kalau ya pun, tidak jadi menteri, kes mahkamah tidak digugur, jangan lah bertindak melawan aspirasi rakyat. 

Masa ini, rakyat secara umumnya gelisah, bukan sahaja kerana berhadapan virus pembunuh, juga memikirkan, entah esok lusa, masih ada makanan kah tersedia di atas meja. 

Para ahli parlimen yang menyokong kerajaan, kena letak dalam fikiran masing-masing, kerajaan itu tiada tongkat sakti atau magis, berhadapan dengan mahkluk yang tidak nampak, berhadapan krisis ekonomi yang melanda sejagad. 

Para pemimpin yang diberi amanah, hanya merancang, mengatur, dan mudah-mudahan semua perancangan, tindakan, strategi, diperumdahkan oleh Tuhan Yang MahaEsa. 

Jangan lah jadi penghalang, pembantut, apatah lagi mensabotaj, kerana kerajaan sedang berusaha menyelamat nyawa rakyat, sedang menyelamatkan kebajikan rakyat. Atas sebab itu, YDPA, memperkenankan proklamasi darurat, sebagai penyokong kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tidak kah para ahli parlimen yang masih mempertikai darurat mengambil perhatian, bahawa berasaskan trend jangkitan covid-19 dalam negara, seperti mana unjuran KKM, bahawa jumlah kes positif harian akan meningkat ke angka 5000 pada minggu ke-3 bulan Februari dan pada Mac akan mencecah 8000 kes positif harian.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808