MANA-MANA kerajaan yang mengabaikan kepentingan rakyat tidak akan bertahan lama, apa pun KAEDAH yang digunapakai.
Dalam dekad ini, kita menyaksikan bagai mana runtuhnya sebuah kerajaan yang mengabaikan kepentingan rakyat.
Pemimpin yang hanya menunggangi rakyat, untuk kepentingan pribadi, atau kepentingan ahli keluarganya, kerabatnya, pasti menerima akibatnya.
Contoh mudah di negara kita, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya bertahan 22 bulan. Parti Warisan Sabah hanya bertahan 26 bulan, sedangkan dua buah kerajaan tersebut mempunyai majoriti yang cukup banyak jika dilihat daripada jumlah kerusi yang dimiliki.
Lain pula halnya dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN), walaupun bermula dengan 114, kemudian 113, kemudian 112, kemudian 111, kemudian 110, dan kini 109, belum juga tumbang-tumbang.
Memang kelihatannya kerajaan sudah tumbang, kerana tidak lagi mempunyai kerusi lebih separuh daripada jumlah kerusi yang ada, akan tetapi tiada pihak yang mempunyai jumlah kerusi yang setanding atau melebihi kerusi yang dimiliki. Dengan kedudukan tersebut, kerajaan kekal berfungsi sebagai kerajaan minoriti, sesuai dengan amalan demokrasi.
Betul, Darurat berkuatkuasa. Tetapi parlimen tidak dibubar. Ertinya, kuasa eksekutif sebelum proklamasi darurat tetap berfungsi seperti biasa. Demikian juga wakil-wakil rakyat samada ahli parlimen atau ADUN, kekal dengan status masing-masing. Apa maksud semua ini? Supaya semua mereka kembali ke kawasan masing-masing membantu rakyat yang mereka wakili dalam keadaan genting ini. Bukan kah tujuan menjadi wakil rakyat untuk membantu rakyat, khsusnya dalam keadaan susah, apa tah lagi sekarang, ada lah musim musibah, pandemik covid-19, kelesuan ekonomi dan bencana alam lain, seperti banjir dan air besar.
Dalam suasana musbiah melanda negara ini, bukannya musim bertegar leher, memperlihatkan muka di youtube, fb live, atau kaca tv bertegang urat di parlimen atau DUN, sedangkan semua itu, langsung tidak memberi manafaat kepada rakyat secara umum, dan tidak memberi faedah kepada rakyat yang diwakili oleh para wakil rakyat tersebut dalam keadaan dunia dilanda pandemik covid-19.
Sepatutnya, semua wakil rakyat membantu kerajaan khususnya kesadaran mempercepat pemutusan rantai covid-19, bukannya mempengaruhi rakyat, untuk tidak percaya, bahawa musibah pandemik covid-19 adalah benar. Malang sungguh rakyat negara ini, kerana masih ada pemimpin yang cuba menghasut rakyat, bahawa wabak covid-19 adalah lakonan, jumlah jangkitan harian virus tersebut yang mencanak naik adalah lakonan, kononnya untuk membenarkan proklamasi darurat. Mereka ini, cuba menafikan, bahawa jangiktan virus tersebut di seluruh dunia mendekati 100juta, kematian melepasi 2 juta. Mereka ini, langsung tidak mahu menyadari, bahawa sungguh ramai para ulama telah menjadi mangsa virus pembunuh ini. Mereka tidak sedar kah, apabila para ulama berkurangan, maka, peluang mendapatkan ilmu-ilmu benar berkurangan, dan sedar kah mereka, itu lah tanda-tanda akhir zaman.
Penulis yakin, selagi para pemimpin yang menerajui kerajaan mempunyai niat yang ikhlas membantu rakyat kerana Allah atau tuntutan agama, bukan memenuhi kepentingan peribadi, setipis manapun majoriti yang dimiliki, tidak akan tumbang begitu sahaja, tidak akan menggambit rakyat majoriti menolaknya, apa kah menerusi demonstrasi atau bantahan besar-besaran.
Kerana rakyat majoriti menerima kerajaan yang ada, maka Tun Dr Mahathir menyadarinya, PROKLAMASI DARURAT, tidak perlu KERANA NEGARA AMAN.
Sedar kah pemimpin yang cuba mengapi-apikan rakyat, dengan mempergunakan isu majoriti tipis sebagai cara untuk menumbangkan kerajaan, dan mendesak diadakan PRU-15, mereka ini bukan mendapat pujian, sebaliknya bertukar kepada kebencian, dan memalit imej negatif pada diri sendiri, sehinggakan parti yang diwakili terkena tempias.
Kepada pemimpin yang mempunyai nawaitu mengutamakan rakyat dari sejak azali, jangan sekali terpengaruh, dengan karenah pemimpin yang cuba menyelamatkan diri. Teruskan membela, mengutamakan rakyat, kerana itu lah matalamat pemimpin sejati yang diterjemahkan menerusi pilihanraya, dan mendapat status wakil rakyat.