Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PROKLAMASI DARURAT SUDAH-PKP SUDAH- KEBAJIKAN RAKYAT MENYUSUL?

$
0
0
SEMUA tindakan kerajaan seperti Proklamasi darurat, Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) semata-mata untuk melindungi nyawa rakyat. Apabila nyawa rakyat terlindungi, maka aktivti lain, seperti ekonomi, walaupun terkesan untuk sementara waktu, akan tetapi, akan berjalan seperti biasa, selepas pandemik covid-19 berlalu, kerana pada masa itu, para pemain yakni rakyat kekal sihat dan dapat meneruskan kehidupan.

Persoalan yang timbul semasa tempoh darurat dan PKP yang panjang, menyebabkan rakyat sangat terkesan, khususnya berkaitan makan minum.

Bagi mereka yang bergaji tetap, atau yang mempunyai simpanan, waktu-waktu begini, bukan lah masalah sangat, tetapi bagi rakyat yang berkerja sendiri, tempoh masa ini, bukan sahaja perit, akan tetapi mempunyai masalah menyediakan makanan di atas meja.

Sementara rakyat melihat, si anu, si pulan, dilantik ke jawatan-jawatan politik, atau syarikat berkait kerajaan, sedangkan mereka itu, adalah sebahagian daripada mereka yang berdekad mendapat peluang, para graduan yang baru menamatkan pengajian, hanya menyaksikannya sambil gigit jari.

Bagi ibu bapa, yang bertahun mengharapkan, apabila anak-anak mereka berjaya menjadi graduan, apa kah sebagai jurutera, akauntan, pengurusan, atau bidang-bidang lain, mengharapkan sangat, anak-anak mereka dapat pekerjaan yang setimpal, bukan sahaja dapat membayar balik pelaburan ibu bapa, setidak-tidaknya ilmu yang mereka perolehi boleh menyumbangkan kepada kemajuan negeri dan rakyat. Malangnya, setetengah daripada mereka ini, daripada sekolah rendah lagi menyaksikan si anu, si pulan mempunyai kedudukan awam atau syarikat-syarikat berkait kerajaan, namun, selepas menamatkan pengajian, masih menyaksikan orang yang sama kekal di jawatan-jawatan tertentu, walaupun masa mereka telah berlalu.

Ada sebahagian daripada mereka itu, berjalan pun susah, namun, kekal diberi peranan, kerana yang melantik, berselindung, kononnya pengalaman mereka berharga, diperlukan dalam keadaan genting, sedangkan pengertian itu, tidak selamanya relevan atau signifikan.

Percaya lah, sesiapapun, TIDAK akan boleh memajukan diri, jika TIDAK diberi peluang, sebaliknya hanya diberi ikan dikala memerlukan, sedangkan ikan yang diberi hanya bertahan sehari dua. Bagai mana keperluan seterusnya? Sepatutnya, kerajaan yang bertanggungjawab perlukan memberi mereka ini kail, atau jala, agar dapat mencari ikan, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi dapat dijual untuk menjana pendapatan.

Selama pandemik covid-19 ini yang bermula pada Mac, 2020, bukan sedikit wang kerajaan yang diberikan kepada rakyat, baik tunai mahupun berbentuk "in kind" seperti bakul makanan, namun keadaan mereka yang terkesan berlanjutan, kerana semua bentuk bantuan tersebut, sudahpun "diflushkan" di tandas.

Penulis, sejak daripada awal, beranggapan, dalam masa genting ini, hanya kerajaan yang mampu bertindak, mampu berbelanja. Kerajaan perlu membuka sebanyak mungkin ruang penyediaan pekerjaan, termasuk memperkerjakan seramai mungkin pencari kerja, supaya rakyat TIDAK putus wang, kerana wang ditangan yang boleh dibelanjakan boleh mencipta permintaan, dan permintaan boleh mencipta penawaran.

Jika perkhidmatan awam tiada keupayaan menampung, maka syarikat-syarikat berkaitan kerajaan perlu mengorak langkah, jangan JAWAB, belum ada keperluan buat masa ini, jangan jawab belum ada kekosongan.. sedangkan semua itu tertakluk kepada kemahuan dan keinginan, mahu atau tidak. Fikir-fikirkan, supaya kebajikan rakyat terbela.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808