DIHARAPKAN, selain ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Warisan-UPKO, bakul sampahkan sahaja surat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta setiap MP menulis surat kepada Yang DiPertuan Agong (YDPA) memohon perkenaan membatalkan Proklamasi Darurat.
Tindakan Anwar tersebut, ingin membawa ahli-ahli parlimen sembah derhaka.
Keputusan Proklamasi Darurat, diperlukan kerana penularan pandemik Covid-19 dalam negara sangat merunsingkan.
Pada masa proklamasi darurat, jumlah kes yang aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah melepasi angka 30,000, berbanding jumlah puncak pada gelombang ke-2, hanya 2,700. Selain itu, kes jangkitan harian konsisten 4 angka sejak permulaan tahun 2021.
Akhir-akhir ini, bukan sahaja rakyat biasa menjadi mangsa jangkitan, malah ramai sudah ahli politik, termasuk menteri-menteri kabinet Persekutuan atau negeri dijangkiti.