TIDAK perlu cipta berbagai dakwaan, tuduhan, terhadap Kerajaan berkaitan proklamasi darurat. Tujuannya hanya melawan dua virus yang mengancam- satu mengancam nyawa dan satu mengancam ketenteraman.
Selepas dua virus ini reda, kita berpesta demokrasi, PRU-15.
Kerana semasa darurat ini, dilaksanakan juga PKP, maka kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap keperluan rakyat, khususnya makanan di atas meja, khususnya mereka yang terjejas, terutama rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.