PERGOLAKAN politik negara terus bergolak. Titah SPBA agar diwujudkan genjatan senjata politik antara pemimpin politik, nampaknya terus disanggah.
Terkini, pihak yang menyanggah adalah setengah pemimpin Umno, kononnya menyahut kehendak akar umbi parti itu, supaya parti memutuskan hubungan dengan Bersatu, salah sebuah parti yang bergabung membentuk Kerajaan Perikatan Nasional pada 1 Mac, 2020.
Tindakan memutuskan hubungan, membawa erti menarik sokongan. Apabila itu, berlaku, maka dengan sendirinya kerajaan kehilangan sokongan, kerana MP parti tersebut sebahagian daripada penyokong kerajaan yang bermajoriti tipis, kerana hanya disokong 112 daripada baki 220 ahli parlimen.
Umno yang mewakili 37 ahli parlimen, merupakan parti terbesar yang menyokong kerajaan.
Setakat ini, hura hura Umno putus hubungan dengan Bersatu, belum berlaku, kerana menunggu keputusan PAU parti tersebut hujung bulan ini.
Isyarat Umno akan memutuskan kerjasama dengan Bersatu, diperkuat oleh tindakan ahli parlimen Machang, Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaacob yang mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN, yang menyusul tindakan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Dalam keadaan sekarang, walaupun dua MP Umno menarik sokongan, kerajaan PN masih dapat meneruskan pemerintahan, kerana masih disokong 110 ahli parlimen.
Ketiadaan alternatif, pihak mana boleh membentuk kerajaan, membolehkan kerajaan PN meneruskan kerajaan setidak-tidaknya sehingga parlimen dibubarkan.
Kekangan pembubaran parlimen adalah pandemik covid-19 yang masih mengancam nyawa rakyat. Dalam keadaan sekarang, mengadakan pilihanraya, adalah satu tindakan kamikaze.
Bagi pendapat penulis, kalau iapun, teringin sangat, meminta rakyat memberikan mandat baharu kepada mana-mana parti untuk menduduki Putrajaya, PATUHLAH kepada TITAH, tunggu lah dahulu ancaman pandemik covid-19 reda, 80% rakyat telah menerima vaksin pelalian, kalaupun tidak sanggup menunggu pemulihan ekonomi. Fikir-Fikirkan.