1. Mengapa perlu ikut cara pembangkang menari? bukan kah kerajaan yang ada, adalah kerajaan pilihan rakyat? pada PRU-13 lalu, atas sebab itu dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan, di beberapa buah negari kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
2. Kumpulan Baju Merah, adalah reaksi kepada kumpulan baju kuning. Kumpulan baju kuning, merupakan kumpulan pemantau pilihanraya pada awalnya, namun sebenarnya kumpulan itu adalah kumpulan pembangkang.
3. Mengapa pihak-pihak Pro-kerajaan tidak terfikir, bahawa mengikut rentak pembangkang, membawa erti, bahawa satu pengiktirafan kepada tindakan mereka.
4. Cuba tanya diri sendiri, apa yang mahu ditunjukkan melalui show of force di jalanan? berapa ramaikah yang boleh berkumpul?, sedangkan penentu siapa yang memerintah di negara ini adalah rakyat dalam kumpulan senyap.
5. Boleh kah kumpulan yang mengelar diri mereka hebat itu, kerana mampu terpekik terlolong di jalanan, mempengaruhi kumpulan majoriti senyap?
6. Apa kah melalui cara turun ke jalan, katakanlah mampu mengumpul 1juta, seperti dakwaan penganjur, apa kah cara itu mampu menggamit atau penarik persepsi, bahawa Umno atau Bn perlu disokong, kerana mampu mengumpul ramai peserta bagi maksud unjuk rasa di jalanan?
7. Perlu dingat, bagi memenangi pilihanraya, sekurang-kurangnya perlu undi tidak kurang 5 juta bagi UBN, dan undi itu perlu disumbangkan oleh pengundi luar bandar dan spara bandar.
8. Jarang berlaku di dunia, bahawa pihak pro kerajaan juga turun ke jalan, hanya kerana mengimbangi atau menjawab pihak lain yang turun ke jalan. Jika ianya berlaku, maka kerajaan dengan jelas telah membuat garis sempadan, bahawa kerajaan yang memerintah, bukan kerajaan yang mewakili rakyat secara keseluruhan, melainkan hanya untuk rakyat yang pro kerajaan. Jika demikianlah duduk perkaranya, maka ada kewajaran, mereka yang tidak menyokong kerajaan dibenarkan terus turun ke jalan untuk protes, dan pada masa yang sama, pro kerajaan juga terus menerus turun ke jalan kerana menyokong. Dengan adanya keadaan seperti itu, maka setiap pihak perlu menjadikan acara turun ke jalan sebagai wadah menunjukkan kekuatan, kerana kekuatan itu hanya digambarkan melalui cara itu, bukannya melalui peti undi, sepertimana lajim berlaku dalam sistem demokrasi.
9. Jika pihak yang menyokong kerajaan, terfikir, bahawa tiada cara lain mengimbangi mereka yang pro pembangkang, melainkan dengan cara turun ke jalan, maka, kita perlu kembali kepada zaman silam, dan perlu kembali kepada hukum rimba, adu kekuatan menggunakan tenaga, bukan akal fikiran, untuk mendapatkan kuasa.