Di Dewan Rakyat, beberapa kali dibuktikan, Anwar hanya disokong antara 95-96 ahli parlimen.
Untuk menumbangkan kerajaan, memerlukan sekurang-kurangnya 111 daripada 220 ahli parlimen.
Melihat kepada jumlah yang menyokong Anwar, maka beliau memerlukan antara 15-16 ahli parlimen lagi.
Di spekulasikan, bahwa Presiden PKR tersebut akan mendapat sokongan sekurang-kurang 10 ahli parlimen Umno, termasuk daripada Presiden parti itu, dan Dato Seri Najib Razak, dan beberapa ahli parlimen lagi yang dikatakan berjumlah 10.
Antara yang disenaraikan adalah Datuk Bung Moktar Radin dan Mohammad Alamin daripada Sabah, sedangkan dua MP tersebut sejak azali lagi, mempunyai anutan NO TO ANWAR DAN NO TO DAP.
Manakala Setiausaha Agung Umno-Dato Ahmad Maslan, begitu kerap sekali mengulang-ulang, bahawa bagi beliau pendirian NO TO ANWAR DAN NO TO DAP bukan pendekatan main-main, akan tetapi KEKAL SELAMANYA.
Dalam senario politik terkini, Anwar tidak akan mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Warisan dan UPKO, apa tah lagi daripada GPS-Sarawak. Juga tiada asas bagi kumpulan Tun Dr Mahathir menyokong seteru politik beliau tersebut, kerana dipihak Tun, sudah lama diputuskan, Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri, atas sokongan beliau atau kumpulan beliau.
Pihak yang suka bersepkulasi, dan suka sangat menggunakan nama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Seri Najib Razak, kerana dua pemimpin tersebut mempunyai masalah peribadi yang berkaitan Mahkamah, sedangkan dengan JELAS dua pemimpin itu TIDAK memerlukan SEBARANG tongkat, melainkan MAHKAMAH sebagai tempat UNTUK membersihkan NAMA!!!.