Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HUBUNGAN UMNO DAN BERSATU SEBAGAI PARTI LEBIH MENYERLAH

$
0
0
SYAOGIANYA tidak perlu lagi timbul, ahli BERSATU menyertai semula UMNO, kerana ianya sudah menjadi titik sejarah.

Terbukti menerusi PRN-16 Sabah, hubungan UMNO dan Bersatu sebagai parti lebih menyerlah. 

Pada PRN-16 Sabah, pengundi bukan sahaja melihat hubungan antara Umno dan Bersatu sebagai parti, akan tetapi juga melibatkan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

Terima lah hakikat, senario politik Malaysia sudah berubah, daripada parti dominan, kepada gabungan berbagai parti. 

Terima lah hakikat, bahawa ketua kerajaan (Perdana Menteri, Ketua Menteri/Menteri Besar) ditentukan oleh parti-parti, bukan lagi bersandarkan kepada parti dominan. 

Para pemimpin parti perlu menyesuaikan diri dengan perubahan sikap pengundi atau rakyat, bukan sebaliknya. 

Jangan lagi memaksa keadah yang telah berlalu, kerana pengundi sudah membuat keputusan untuk mengubah senario politik tanah air. 

Ambil lah iktibar, keputusan PRN-16 Sabah, sebagai pemacu politik tanah air.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808