PIAGAM antara UMNO dan PAS yang dijabarkan menerusi Muafakat Nasional (MN) tidak akan menjadi sebuah parti, melainkan hanya kekal dalam pemahaman.
UMNO sebelum ini, mencadangkan agar MN didaftarkan sebagai sebuah parti, dan pendirian itu ditegaskan sebagai pra-syarat sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Memandangkan PN sudah sah sebagai sebuah parti, dan Pas merupakan parti komponen selain Bersatu, STAR dan SAPP, maka adalah mustahil untuk menjadikan MN sebagai parti yang sah yang berdaftar dengan ROS.
Sebelum ini, penulis tersalah anggap, bahawa PAS merupakan parti anak bulan, kerana boleh memilih LOGO MN atau PN dalam PRU-15 akan datang.
Oleh kerana kekangan mendaftarkan MN, maka muafakat itu kekal sebagai persefahaman politik, antara UMNO dan Pas, malah dengan Bersatu.
Pada PRU-15 akan datang Bersatu menggunakan LOGO PN, manakala UMNO logo BN, dan PAS berkemungkinan menggunakan LOGO PN, walaupun parti itu belum membuat sebarang kenyataan mengenainya.
Bagi Bersatu, Umno dan Pas, yang paling mustahak dan penting, tidak akan bertembung antara satu sama lain, kerana keadah itu lah yang menjadi kekuatan tiga parti tersebut.
Apa yang paling apdal antara tiga parti tersebut, adalah pengagihan kerusi.
Pada PRN-16 Sabah, di atas kertas, agihan kerusi antara UMNO dan Bersatu, cukup baik, walaupun UMNO dikatakan berkecil hati, kerana dalam pelaksanaan, calonparti itu terpaksa bertembung dengan calon “proksi” Bersatu yang bertanding atas tikit bebas.
Pada PRN-16 Sabah, walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai PN,BN dan PBS, tetapi telah berlaku pertembungan di beberapa kawasan, sebagai strategi untuk menang. Namun kaedah tersebut, tidak terguna pakai pada PRU-15 akan datang khususnya di Semenanjung, jika berasaskan kepada keputusan PRU-14 lalu.
Dalam senario politik sekarang, samada UMNO, Bersatu atau PAS, wajib bergerak sebagai satu pasukan, jika TIDAK, maka akan berulang keputusan sepertimana PRU-14.
Hubungan antara tiga parti tersebut di peringkat Nasional mungkin akan diterjemahkan seperti mana GRS, dan MN adalah jawapannya.
Jika MN diwujudkan sebagai pemahaman, maka Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi anggotanya. Maka dalam MN itu, akan ada PN, BN dan GPS serta PBS. Kerajaan yang dibentuk pasca PRU-15, bukan lagi KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL, akan tetapi KERAJAAN MUAFAKAT NASIONAL.
Pasca PR-15, calon Perdana Menteri akan ditentukan oleh gabungan parti-parti, seperti mana berlaku pada kerajaan GRS-Sabah, tidak lagi mengikut kaedah sebelum ini, bahawa parti yang mencalonkan Perdana Menteri.
Penulis tidak jelas, apa kah UMNO bersedia dengan pendekatan baharu ini? Kerana sejak merdeka, parti itu sudah sinonim dengan jawatan Perdana Menteri, kecuali pada PRU-14, kerana kalah dalam pilihan raya.
KETERSEDIAAN Umno itu, akan terlihat, pada PRU-15, MENERUSI jumlah kerusi yang bakal ditandingi. Sama-sama kita nantikan.