Dalam tempoh sebulan, hampir separuh daripada jumlah jangkitan covid-19 di negara ini sejak Januari,2020 adalah daripada Sabah.
Akibat mendadaknya naik jumlah jangkitan dan kematian, maka secara umumnya Sabah melaksanakan PKPB atau PKPD, malah sudah berlarutan sebulan.
Rakyat yang termasuk dalam kelompok sasar atau mereka yang dikurantin, ada bantuan bakul makanan, manakala rakyat biasa, tidak mendapat bantuan tersebut.
Mereka yang termasuk dalam kelompok sasar atau di kurantin, hanya sebahagian kecil daripada rakyat terjejas. Rakyat biasa terjejas, atas sebab kehilangan pendapatan, atau kerana tidak dapat meneruskan aktiviti mencari makan jauh lebih ramai.
Tidak keterlaluan, tidak kurang 700,000 rakyat Sabah memerlukan bantuan wang tunai segera, untuk membeli makanan dan keperluan lain yang mendesak.
Kerajaan negeri tiada kemampuan untuk menyalurkan bantuan tunai. Atas asas itu, Kerajaan Persekutuan perlu menyalurkan kewangan dengan segera, melalui BANTUAN PRIHATIN SABAH (BPS), sekurang-kurangnya RM1000, bagi mereka yang termasuk dalam B40.
Hanya kerajaan semasa dalam keadaan genting ini dapat membantu.
Kerajaan Persekutuan perlu ambil maklum, bahawa perekonomian Sabah jatuh merudum, sejak 2 tahun lalu. Keadaan bertambah parah lagi, kerana serangan covid-19.
Ini lah masanya, Kerajaan Persekutuan membantu Sabah, selepas 46 tahun mendapat manfaat daripada hasil minyak dan gas Sabah. Kerana sumbangan Sabah, maka Kerajaan Persekutuan dapat membina menenara berkembar Petronas, Litar Sepang dan Lapangan Terbang Sepang.
Jangan biarkan rakyat Sabah kelaparan, bantu lah dikala memerlukan.