Negeri Sabah membelanjakan wang Persekutuan dengan cara yang salah, iaitu kos mengadakan PRN Sabah bernilai RM186juta, dan kos menghadapi jangkitan covid-19 impak PRN tersebut setakat ini telah menelan RM400juta, yang benar-benar bantuan secara langsung hanya RM50juta berbentuk bakul makanan, selebihnya hangus begitu sahaja.
Cuba kira, jika tiada PRN, maka tiada kos jangkitan covid-19, maka RM 586 juta boleh digunakan untuk kos pembangunan, jika bantuan one-off pun, purata rakyat Sabah akan dapat RM200 setiap orang termasuk bayi berasaskan jumlah rakyat Sabah, iaitu 2.9juta.
Atas sebab kedegilan Shafie, wang yang lebih setengah bilion ringgit tersebut hangus begitu sahaja. Jika ditambah lagi wang SDB sebesar RM300juta diberikan kepada AirAsia, maka RM886juta wang hilang begitu sahaja.
Dalam Bajet 2020, Kerajaan Sabah semasa diterajui Datuk Shafie Apdal begitu bangga dapat grant RM56juta daripada kerajaan Persekutuan, iaitu 2 kali ganda berbanding sebelumnya, namun wang Persekutuan sebesar RM586juta hilang begitu sahaja kerana harga kepada kedegilan Shafie.
Kini, rakyat Sabah kehilangan peluang mendapat manafaat daripada wang Persekutuan, daripada segi kemajuan dan pembangunan.
Memang diakui sejak pandemik covid-19 melanda dunia, termasuk juga Malaysia, sejumlah RM2bilion telah digunakan menerusi KKM. Namun jumlah tersebut meliputi seluruh negara, dan daripada jumlah tersebut 20% untuk Sabah sahaja.
Rakyat Sabah memerlukan peruntukan kewangan daripada Persekutuan untuk menaik taraf kemudahan asas, sekolah-sekolah daif, selain sokongan untuk aktiviti ekonomi, bukannya menggunakan wang Persekutuan untuk tujuan PRN dan pencegahan dan perawatan Covid-19 yang disengajakan.
Malang sungguh rakyat Sabah yang pernah diterajui Shafie selama 27 bulan, sudah lah ekonomi negeri menjunam dengan teruk tetapi mewariskan pula malapetaka.