Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

DATUK HAJIJI ANGKAT SUMPAH ADUN SULAMAN

$
0
0
SELASA, bersamaan 27 Oktober, 2020, rasmi lah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebagai ADUN Sulaman.

Hajiji telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 29 September, 2020, namun terpaksa menangguhkan angkat sumpah sebagai ADUN, kerana terpaksa menjalani rawatan, kerana gejala covid-19.

Hajiji yang menang bagi DUN Sulaman menerusi pertembungan tiga penjuru, antara calon Warisan dan PCS.

Beliau menang dengan majoriti 3,099 apabila mendapat undi 5,919. Calon terdekat adalah daripada Warisan yang mendapat undi 2,820, manakala calon PCS hilang wang pertaruhan.

Sebelum mempertahankan DUN tersebut yang telah dipecahkan kepada dua DUN, Sulaman dan Pantai Dalit, beliau telah menjadi ADUN kawasan tersebut sejak tahun 1990, dimenangi menerusi parti USNO.

Selepas itu beliau mewakili UMNO sehingga 12 Disember,2018.

Nota: USNO dibubarkan pada tahun 1990 untuk memberi laluan kepada parti UMNO.

Pada era pemerintahan Barisan Nasional Sabah yang diterajui UMNO, Hajiji diberi peranan berbagai kapasiti, dan terakhir sebagai Timbalan Ketua Menteri selepas PRU-14.

Kini, Hajiji adalah Pengerusi Perikatan Nasional Sabah selain sebagai Ketua Bersatu Sabah.

Dalam kabinet Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah, selain sebagai Ketua Menteri, beliau juga adalah Menteri Kewangan Sabah.

Kerajaan GRS mempunyai 47 ADUN termasuk 6 ADUN lantikan daripada 79 ADUN Sabah, sementara Warisan-UPKO-PKR mempunyai 32 ADUN. 

Hajiji mewarisi kerajaan berhadapan dengan pandemik covid-19 dan kelesuan ekonomi. Situasinya hampir serupa semasa kerajaan BN mengambil alih pada tahun 1994, walaupun pada tahun 1994, belum ada pandemik covid-19, tetapi tempias kepada kemelesitan ekonomi global, malah memuncak pada tahun 1997, krisis mata wang antarabangsa.

Pada senario sekarang, walaupun kerajaan GRS, dilihat stabil, namun senario politik yang tidak stabil di peringkat Persekutuan, boleh mencorakan hala tuju pemerintahan negeri.

Selain itu, jangkitan covid-19 sebagai impak kepada Kluster PRN ke-16 Sabah, menghantui pemerintahan beliau, kerana jika jangkitan tidak dapat dibendung dalam masa sebulan dua, bakal berimpak besar kepada perekonomian Sabah yang sedia rosak yang disebabkan oleh pemerinatah Warisan.

Kadar KDNK Sabah yang menjunam dengan teruk sejak tahun 2018, dan dijangka menjunam lagi pada tahun ini, merupakan cabaran utama pemerintahan kerajaan GRS yang diterajui ADUN Sulaman tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808