DARIPADA azalinya UMNO tekad tidak akan berkerjama dengan gabungan parti-parti yang melibatkan DAP. Kerana jika ianya berlaku, maka parti itu berhadapan seolah-olah menggali kuburnya sendiri.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhiyiddin, kena faham, UMNO merupakan parti yang terbanyak kerusi dalam PN, pun demikian bersedia berkompromi semasa awal pembentukan kerajaan, dan berharap, selepas kerajaan semakin kukuh mengurus masalah- masalah yang ditinggalkan Pakatan Harapan, maka parti itu diberi peranan yang munasabah sesuai dengan kedudukannya sebagai parti yang terbanyak kerusi.
UMNO daripada awal-awal cukup bertoleransi, dan sanggup berkompromi, khsusnya dengan bersatu, dalam banyak perkara, termasuk perlantikan Menteri-Menteri Besar atau Ketua Menteri. Selain itu cukup berkomprmi dalam perlantikan anggota kabnet.
Sebuah parti seperti UMNO yang mempunyai penyokong dan ahli yang paling ramai antara parti-parti dalam PN, sewajarnya diberi kedudukan yang sewajarnya, kerana para pemimpin atau wakilnya juga mempunyai penyokong yang perlu dibela.
Jangan kerana menganggap, bahawa UMNO berpendirian tidak akan bekerjasama dengan parti-parti yang melibatkan DAP, maka terus disudutkan hingga ke dinding.
Memang UMNO semasa menaruji BN, kehilangan kuasa pada PRU-14, sebagai akibat, kemerosotan sokongan kepada parti-parti komponen, namun parti itu merupakan parti yang menang 54 kerusi dengan sokongan popular lebih 22 peratus daripada pengundi yang mengundi pada PRU-14.
Daripada segi parti, UMNO adalah parti terbanyak menang kerusi, walaupun kehilangan 34 kerusi berbanding PRU-13.
Semalam, Biro politik UMNO (Bukan Majlis Tertinggi) membuat pendirian, akan mempertimbang menarik sokongan terhadap PN, walaupun "adanya kata dua" tersebut, tetapi diimbangi dengan kehendak untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi. Muafakat Nasional disertai UMNO, Pas dan Bersatu. Menerusi pendirian tersebut, UMNO sebenarnya tidak mahu putus hubungan dengan Bersatu sebaliknya memperat hubungan.
Dengan menjadikan MN sebagai parti yang sah, maka akan memperkuat ikatan PN, walaupun UMNO atau BN bukan komponen PN, tetapi rakan komponennya dalam MN, iaitu Bersatu dan PAS merupakan komponen PN.
PN pada masa ini dianggotai oleh GPS-Sarawak, GRS-Sabah, dalam GRS itu sendiri ada UMNO Sabah.
Bagi pendapat penulis, sudah tiba masanya memenuhi kehendak UMNO, jika PN mahu membela rakyat yang diwakili, kerana jelas mereka yang menyokong UMNO adalah dikalangan bumiputera.
Antara UMNO, Bersatu, PAS, GPS dan GRS perlu bertindak sebagai sebuah gabungan yang saling memerlukan, tiada yang bertindak sebagai dominan apa tah lagi bertindak membuli kawan atau rakan, sebaliknya perlu berkerjasama sebagai satu pasukan yang kukuh, bagaikan sistem yang saling memerlukan.
Mungkin kerana UMNO merasakan dipencilkan, sehinggakan timbul "kecil hati" dikalangan para pemimpin utama parti itu, sudah lah tidak diberi apa-apa jawatan dalam kerajaan, malah masih bergelumang dengan perbicaraan mahkamah warisan daripada Kerajaan Pakatan Harapan.
Ada lah tidak bijak, membiarkan kawan tenggelam sendiri, sedangkan kawan itu lah yang membantu, menolong semasa dalam keadaan genting.