1. Kelvin Anthony Morais, Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam negara yang dilaporkan hilang sejak Jumaat, bukan merupakan anggota Pasukan Khas yang menyiasat 1MDB, sebelum pasukan itu dimansuhkan awal Ogos lalu.
2. Peguam Negara yang Baru- Tan Sri Apandi Ali dalam menafikan sibaran media, khususnya media sosial, yang mendakwa Morais merupakan anggota Pasukan Khas bersama Jessica Gurmat Kaur warga Singapura yang menyiasat 1MDB.
3, Morais atau nama penuh Kelvin Anthony Morais dilihat kali terakhir meninggalkan apatement beliau di menara Duta, Kuala Lumpur dengan membantu kereta kerajaan jenis Proton Perdana bernpmbor W6264Q.
4. Pada Jumaat satu laporan polis telah dibuat berkaitan kehilangan Morais selepas beliau gagal muncul ke tempat kerja, di Putrajaya.
5. Pada awal pagi Sabtu, telah dijumpai sebuah kereta menyerupai Proton Perdana di Hutan Melintang Perak, kira-kira 3km daripada jalan besar.
6. Pihak polis mengsyaki, melalui kereta yang terbakar tersebut, ianya merupakan jenayah yang terancang, memandangkan chasis kereta itu telah dipadam.
7. Kereta terbakar hangus itu tidak dijumpai sebarang klu bangkai manusia atau tulang belulang manusia.
8. Pihak polis masih menyiasat.