Pada 12 Mei, 2018, penyokong Shafie termasuk MP Penampang yang juga Timbalan Presiden Warisan, bagaikan monyet terjongkit-jongkit di Padang Merdeka Kota Kinabalu, kurang 2 km daripada Istana Negeri, mendesak TYT Sabah melantik Shafie sebagai Ketua Menteri. Desakan itu, ekoran pengumuman Madius Tangau pada 11 Mei, keluar daripada Barisan Nasional dan menyokong Shafie.
Ribuan penyokong Shafie berkumpul diketuai Darell, dan mengancam akan menunju Istana jika Tun Juhar tidak melantik Shafie. Akhirnya pada 12 Mei, sekitar jam 9 malam, Shafie membaca pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri, walaupun pada masa yang sama Ketua Menteri sah Sabah masih wujud, tidak pernah meletakkan jawatan, dan tidak pernah dibuktikan kehilangan sokongan majoriti, kerana beliau tidak pernah dipanggil TYT untuk mensahihkan pengakuan Shafie bahawa beliau disokong ADUN Bn yang berpaling tadah.
27 bulan kemudian, tepatnya bermula daripada 24 Julai, 2020, Tan Sri Musa Aman telah memohon berjumpa TYT Sabah untuk menyerahkan 33 surat Akuan ADUN Sabah yang meminta untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional Sabah, bagi menggantikan Kerajaan Warisan Plus.
Atas sebab permohonan tidak pernah mendapat balasan atau layanan, maka terpaksa menggunapakai perkhidmatan Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri untuk menyampaikan hasrat Tan Sri Musa untuk berjumpa dan menyerahkan surat akuan daripada 33 ADUN, namun sehingga Shafie membubarkan DUN pada tengah hari 30 Julai, Musa bersama 32 ADUN tidak dibenarkan berjumpa TYT atau permohonan berjumpa tidak mendapat layanan, malah, TS Musa dan 32 ADUN pada 30 Julai, mencuba juga untuk berjumpa TYT, walaupun permintaan tidak dilayan untuk membuktikan, bahawa 33 ADUN Sabah memohon menubuhkan kerajaan negeri.
Hakikatnya para penyokong Musa, tahu daripada awal bahawa beliau mempunyai sokongan 32 ADUN, tetapi TIDAK bertindak seperti penyokong Warisan pada petang dan malam 12 Mei, 2018 sebaliknya mengikut peraturan dan undang-undang, kerana kepimpinan Musa mahu semuanya berjalan mengikut lunas undang-undang, mengikut peraturan, dan menurut kepimpinan yang bertamadun, tidak kasar dan berhemah.
Cuba bayangkan sejak 24 Julai, sehingga pagi 30 Julai, 33 ADUN menunggu isyarat daripada TYT Sabah untuk berjumpa, namun tidak dilayan, malah jalan ke istana dikawal ketat oleh pihak polis, tiada yang dibenarkan keluar masuk, kecuali Shafie Apdal dan konco-konco.
Berikutan kejadian yang berlaku, maka beberapa rakyat Sabah membuat laporan polis dan SPRM, meminta siasatan atas tindakan TYT, kerana menafikan hak 33 ADUN sah Sabah.
Esok, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, akan mendengar injunction terhadap pembubaran DUN Sabah.