NAMPAKNYA, Kerajaan Sabah dalam keadaan tidak menentu, kerana isu pertukaran kerajaan negeri, bukan sahaja dibincangkan dikalangan pemimpin akan tetapi sudah sampai ke peringkat akar umbi.
Shafie terpaksa membuat berbagai penafian, malah mendesak siasatan, kononnya para ADUN penyokong kerajaan Warisan-UPKO-PH sedang diganggu pihak pembangkang untuk berpaling tadah.
Kumpulan Shafie terpaksa menggunakan berbagai kaedah termasuk memantau rumah-rumah kediaman pemimpin pembangkang negeri, untuk mengetahui siapa yang keluar masuk. Perhatian utama mereka adalah para ADUN mereka yang bakal berpaling tadah.
Memang untuk sementara, kerajaan Shafie belum tumbang, tetapi dalam keadaan dihujung tanduk.
Hakikatnya, persetujuan antara 13 ADUN yang sedang menyokong Shafie untuk berpaling tadah mengampiri pemuktamadan, hanya menunggu masa dan ketikanya sahaja mereka mengumumkan pendirian mereka.
Kehadiran Presiden UMNO ke Sabah, memperkuat lagi, bakal tumbangnya kerajaan Warisan.