Datuk Shafie Apdal mempergunakan kebolehan beliau dalam berpidato, untuk menyakinkan pendengar atau rakyat berkaitan pembohongan, seolah-olah pembohongan tersebut adalah perkara betul.
Sebaik sahaja beliau menubuhkan Parti Warisan Sabah, beliau menjelajah ke pelosok Sabah menyebarkan perkara-perkara bohong, dan menabur janji-janji bulan dan bintang, kepada penonton dan rakyat.
Akibat pembohongan dan janji-janji manis, maka Warisan menang 21 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen pada PRU-14 lalu. Parti sekutu Warisan pula menyapu bersih kawasan DUN dan Parlimen majoriti kaum cina.
Kerana kolaborasi pembohongan antara Warisan-DAP-PKR-Amanah, maka parti-parti itu menang 29 kerusi DUN dan 14 kerusi parlimen.
Kini, setelah menghampiri 2 tahun, rakyat menyedari pembohongan Datuk Shafie bersama-sama pemimpin Warisan, akan tetapi, beliau masih meneruskan kerja-kerja bohong sehingga kini, misalnya beliau mendakwa ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh TSMY, sedangkan dakwaan itu bukan sahaja tidak betul tetapi tidak wujud.
Pembohongan Shafie terserlah lagi, apabila menyampaikan geran-geran tanah pada tanah adat Sabah (NCR), yang mengaku sebagai tindak pantas kerajaan Warisan, sedangkan pengukuran tanah2 adat Sabah sudah dimulai pada tahun 2011, era kerajaan Bn.
Shafie juga berbohong berkaitan simpanan kewangan Sabah, akan tetapi kemudian mengakuinya bahawa beliau tersalah baca laporan, kerana fakta sebenar, Sabah mempunyai simpanan kewangan kukuh peninggalan kerajaan BN, iaitu RM3.4bilion pada jun 2018.
Shafie didapati berbohong lagi semasa agihan Pakej Bantuan Covid-19, kononnya pakej tersebut untuk rakyat Sabah yang terjejas teruk, tetapi sebaliknya, data yang mereka gunakan adalah data berkaitan rakyat yang tidak terjejas, manakala rakyat memerlukan terlepas pandang.
Pembohongan untuk tujuan merai sokongan dan undi, tidak akan ke mana-mana, sebab itu, sokongan kepada kerajaan Warisan, semakin hari semakin merudum, dan hanya menunggu pilihan raya untuk ditolak rakyat. Bukti rakyat Sabah menolak, adalah menerusi PRK Kimanis, DUN Bongawan yang dimenangi pada PRU-14, pengundi DUN tersebut mengundi calon BN semula.