JELAS mahkamah telah memutuskan, bahawa Datuk Christine Liew bersama 2 pembantu beliau perlu membayar RM557.6juta kepada Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB), ke atas kerugian syarikat tersebut, kerana memajukan tanah usahasama dengan pemohon tanah di Lahad Datu dan Kunak.
Kerana pengelibatan Christina, maka peserta usahasama tersebut telah melanggar perjanjian, sehinggakan BSSB mengalamai kerugian.
Rayuan Christina berkaitan keputusan membayar RM557.6juta telah ditolak, ertinya, beliau perlu membayar tuntutan tersebut.
Namun, kerana Christina merupakan anggota kabinet Shafie dan berjawatan Timbalan Ketua Menteri, Shafie berselindung pada pemohon tanah, dan meminta BSSB menarik saman, kononnya supaya geran tanah cepat dikeluarkan kepada para seserta, kerana jika masih ada kes dalam mahkamah, pemberian geran tidak akan dapat diberikan.
Dengan penarikan saman BSSB, dengan sendirinya, Christina terlepas daripada tuntutan membayar. Persoalannya, jika Christina bukan anggota kabinet Shafie, apa kah tindakan yang sama akan dilakukan???
Untuk menebus kerugian BSSB, Shafie akan menggantikan dengan tanah kerajaan lain, secara percuma, dan mungkin bernilai seperti mana dituntut.
Benar, Shafie membantu, 2000 perserta di Lahad dan Kunak, tetapi rakyat Sabah secara umumnya yang rugi, kerana kehilangan peluang mendapatkan peluang daripada BSSB, kerana syarikat itu merupakan syarikat kerajaan negeri.
Tindakan Shafie, sebenarnya merupakan salahguna kuasa, hanya kerana menyelamatkan timbalan beliau, dan seterusnya manafaat yang diperolehi itu, jelas termasuk dalam akta SPRM, iaitu menerima habuan, berupa wang ringgit.
Shafie dalam ucapan di Keningau, mengeritik Dato Seri Najib Razak, kerana mempertikai tindakan Shafie melepaskan timbalan beliau daripada tuntutan ganti rugi, sebaliknya beliau berhujah, tindakan itu adalah membantu 2000 pemohon tanah Bagahak.
Hujah Shafie itu, sebenarnya, hanya menegakkan benang yang basah, kerana jelas tindakan beliau termasuk dalam salahguna kuasa.
Shafie, dalam kegelabahan beliau, turut membangkitkan Tanah Simpan Sapulut, kononnya diberikan oleh Tan Sri Musa Aman kepada Datuk Majid Khan ( Mungkin yang dimaksudkan adalah Jawala Plantation Sdn Bhd) yang mempunyai peladangan di kawasan tersebut sejak tahun 80-an lagi malah semasa penjajahan.
Sebagai nota- Tan Sri Musa Aman hanya menjadi ADUN pada tahun 1994, dan Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003.
Sejarah kawasan tanah yang dimiliki (Datuk Majid Khan) menjadi sebahagian daripada FMU (Forest Management Unit) apabila kerajaan pada tahun 1997 memperkenalkan SFM (Sustainable Forest Management) di Sabah.
Dalam usaha pelaksanaan SFM, 10 lesen jangka panjang konsensi pembalakan yang dikeluarkan ada diantara semasa era penjajahan lagi, telah diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri.
Sebagai ganti kepada 10 lesen tersebut, Sapulot Forest Development Sdn Bhd telah menyerahkan 11,000 hektar kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk tujuan lesen FMU. Dalam kontenks inilah sebabnya mengapa Jawala Sdn Bhd mendapat lesen FMU, untuk menghutankan semula kawasan-kawasan yang termasuk konsensi syarikat tersebut.
Kerana tindakan mengembalikan 10 lesen tersebut, dan kawasan itu dihutankan semula, dan dijadikan kawasan hutan kekal, adalah penyebabkan mengapa jumlah keluasan hutan kekal Sabah pada Disember 2017 meningkat kepada 1.87juta hektar berbanding tahun 2002 hanya 838 ribu hektar.
Dakwaan Shafie, bahawa Musa terlibat memberikan kawasan hutan kepada Jawalan Sdn Bhd, hanya fitnah, untuk tujuan alih pandang, berkaitan tindakan menyelamatkan Christina Liew.