Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HAJIJI DI SABAH TSMY NASIONAL

$
0
0
APABILA diberi peluang, mencerminkan kepimpinan yang jitu. 

Kini fenomana ABAH jolokkan kepada Tan Sri Muhiyiddin Yassin (TSMY) khususnya semasa PKP-covid-19 melekat di hati rakyat.

Tidak syak lagi, rakyat negara ini menerima kepimpian TSMY, sebab itu Muafakat Nasional (MN) telah bersetuju menamakan beliau sebagai calon PM selepas PRU15, selain menyokong penuh sehingga tamat penggal ini. 

Di Sabah, walaupun belum menamakan Datuk Hajiji Haji Noor sebagai calon Ketua Menteri, tetapi persefahaman secara tidak bertulis, antara parti-parti dan pemimpin parti-parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) memilih Ketua Bersatu Sabah tersebut sebagai Ketua Menteri menunggu. 

Hajiji mempunyai sifat inklusif dalam kepimpinan beliau, seperti juga kepimpinan TSMY. Mungkin secara kebetulan dua pemimpin ini adalah separti, dan hasil kilang parti UMNO, tetapi dalam Bersatu, kepimpinan digilap sedemikian rupa, yang mengutamakan rakyat. 

Mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, kerap kali menyebut, bahawa selepas beliau, adalah Hajiji, kerana menerusi kepimpinan Hajiji, Sabah dan rakyatnya akan terus maju dan membangun. 

Sebagai rakyat Sabah, mengharapkan, suatu hari kelak, Hajiji bakal menerajui Sabah, walaupun terpaksa berhadapan dengan kerosakan yang dilakukan Datuk Shafie Apdal, selama 2 tahun ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808