Seperti diramal, majoriti kemangan BN amat tinggi. Peratus majoriti kemenangan calon Bn pada PRU-14 adalah 46.1%.
Penulis sebelum jika peratus majoriti kemenangan BN melebihi petatus majoriti PRU-14, maka menunjukkan, bahawa kerajaan PN diterima rakyat yang membawa pengertian, bahawa PH ditolak.
Peluang PH jika diadakan PRU-15 mengejut adalah amat tipis, sebab itu mereka memperjudikan nasib untuk ke Putrajaya mempergunakan 222 ahli parlimen semasa sidang Dewan Rakyat.
Kemenangan yang besar BN/MN/PN pada PRK ini, adalah satu isyarat untuk mengadakan PRU-15 secara mengejut. Jangan berlengah lagi, selagi besi panas ketuk lah dia.
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan setakat 8 malam ini, calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan memperoleh majoriti 12,650
Berdasarkan portal rasmi SPR, keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohd Sharim memperoleh 13,872 undi, manakala calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, beroleh 1,222 undi dan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat undi 137 undi.
SPR memaklumkan sebanyak 74 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang dibuka bermula 8 pagi hari ini.
PRK ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan yang pertama buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu.
PRK DUN Chini turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya berlangsung dalam kebiasaan baharu yang membabitkan pelbagai perubahan dibuat susulan pandemik Covid-19.