KERAJAAN Sabah pada Tahun 2016, ada ura-ura mengadakan PRN lebih awal, selepas PRN Sarawak. Walaupun, masa itu, pembuburan DUN Sabah hampir pasti, akan tetapi, tidak menjadi kenyataan, kerana pemimpin Pusat tidak bersetuju.
Jika PRN Sabah diadakan pada tahun 2016, Kerajaan Sabah sekarang masih kekal di bawah kerajaan BN, seperti mana Sarawak, walaupun semua parti BN di negeri itu membentuk gabungan baharu- Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), ekoran kekalahan BN pada PRU-14.
Pengalaman Sabah jangan berulang.
Untuk mengelak, pengalaman Sabah itu jangan berulang, maka disarankan agar diadakan PRU-15 mengejut.
AMBIL peluang pada populariti Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan bercelarunya pembangkang.
PRU-15 lagi cepat lagi baik, untuk mengwujudkan kerajaan yang stabil.
Kerana kesuntukan masa, kemungkinan Logo Perikatan Nasional tidak dapat digunakan, sebaliknya, semua parti perlu bersetuju dengan logo yang dikenali rakyat.
Logo –logo parti yang dikenali rakyat yang merupakan pendokong Kerajaan Tan Sri Muhiyiddin adalah BN dan PAS di Semenanjung, manakala di Sabah selain BN, juga logo parti masing-masing. Manakala di Sarawak, walaupun GPS telah wujud, tetapi logo BN merupakan logo yang sekian lama digunakan di negeri tersebut setiap pilihanraya.
Semua parti yang mendokong PN, boleh memertimbangkan LOGO BN, hanya menerusi manifesto, dijelaskan, bahawa BN mewakili PN.
Bermula daripada sekarang, semua parti-parti penyokong PN, perlu bersetuju jumlah kerusi dan kawasan-kawasan yang ditandingi. Tindakan menang-menang perlu dijadikan pendekatan.
Anggap semua parti adalah abang adik-adik abang. Pastikan keseimbangan, supaya dapat menang sebanyak mungkin kerusi.
Pendekatan dalam PN cukup sempurna, kerana parti yang jumlah kerusi sedikit boleh menduduki kerusi Perdana Menteri. Teruskan cara ini, jangan lagi bernostalgia masa lalu. Masa lalu itu telah dinoktahkan pada PRU-14.