Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824

TUMBANGKAN KERAJAAN SABAH TIADA HUBUNGKAIT DENGAN KES PETER ANTHONY

$
0
0
Datuk Peter Anthony lebih dikenali sebagai seorang kontraktor berbanding ahli politik. 

Pengelibatan dalam politik, hanya kerana penyokong kuat Datuk Shafie Apdal, atas dasar terhutang budi, kerana semasa Shafie menteri KKLW, kebanyakan projek kementerian itu di Sabah diberikan kepada syarikat beliau.

Kes rasuah dan penipuan, yang dihadapi ADUN Melalap itu, sebenarnya kes semasa beliau bukan ahli politik.

Bagi maksud menumbangkan kerajaan Warisan, atas sebab kerajaan itu bukan lah sokongan rakyat Sabah semasa PRU-14, akan tetapi kerajaan yang ditubuhkan oleh ADUN-ADUN.

Alasan para ADUN yang menyokong Warisan dan PH selepas PRU-14, kerana PH merupakan Kerajaan Persekutuan. Menurut mereka yang menyokong Warisan dan PH tersebut, kerajaan Sabah perlu sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Sabah yang dibentuk pada 10 Mei, 2018 adalah kerajaan pembangkang kepada Persekutuan, kerana diterajui oleh Barisan Nasional.

Selepas kerajaan PH tumbang, para ADUN Sabah yang berfikiran, bahawa Kerajaan Sabah perlu sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, atas sebab itu mereka menyokong kerajaan Persekutuan. Atas sokongan itu, dengan sendirinya Kerajaan Warisan PH Sabah akan tumbang.

Dakwaan penulis upahan Peter Anthony menerusi blog-www.hubnetizen.com   yang mengaitkan kononnya bakal tumbangnya Kerajaan Warisan Sabah ada hubungkait dengan SPRM, Tan Sri Musa Aman, malah ditambah dengan VC UMS, adalah satu rekaan penulis tersebut, sebagai tindakan alih pandang kes yang dihadapi Peter, sedangkan nilai dakwaan itu dengan bakal tumbangnya kerajaan Warisan adalah sifar, kerana Peter, hanya "ahli" politik secara kebetulan, dan sifatnya hanya seperti melukut ditepi gantang.

Bagi para ADUN yang bakal meninggalkan Warisan, Peter tidak pernah dianggap sebagai pemimpin politik, sebaliknya hanya budak suruhan Shafie dalam urusan-urusan projek.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824