CUBAAN PH Plus menumbangkan kerajaan Tan Sri Muhiyiddin tidak pernah berhenti, walaupun berlaku perbezaan pendapat antara PKR, Amanah, DAP, Warisan dan penyokong Tun Dr Mahathir, mengenai siapa Perdana Menteri, Tun atau Anwar.
DAP, Amanah, Warisan dan penyokong Tun, masih berusaha menyakinkan PKR, bahawa hanya Tun, akan mendapat sokongan majoriti yang diperlukan. Kerana pertimbangan itu, maka PKR diminta setuju, menyokong. Yang paling penting, tumbangkan dulu kerajaan.
Untuk Anwar jadi PM, aku janji akan dibuat, bahawa dalam tempoh 6 bulan, Tun akan letak jawatan lalu diganti Anwar... kedengarannya, macam cukup mudah. Tetapi, bukan semudah itu, kerana PM perlu ada yang melantik. Yang melantik itu adalah YDP Agong.
TSMY mempunyai dua pilihan, jika kerajaan beliau kehilangan majoriti, pertama -letak jawatan. Jika beliau letak jawatan, maka adanya kekosongan jawatan PM. Kerana adanya kekosongan, maka YDP Agong perlu melantik seorang yang difikirkan oleh Baginda mendapat sokongan majoriti. Akan tetapi, jika TSMY tidak letak jawatan, dan menasihat YDP Agong bubarkan parlimen, maka PRU-15 diadakan.
Jika parlimen bubar, apa kah Tun kekal calon PM PH Plus? atau Anwar?- kerana calon PM akan lead PH Plus dalam PRU.
Masih relevan kah Tun PM-9 dan Anwar PM10? atau kedua-duanya tidak akan bakal jadi PM lagi.