Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PH PLUS-KEMARUK SANGAT KE PUTRAJAYA

$
0
0

HARI ini dilaporkan, PH Plus bermesyuarat di Ibu Pejabat PKR, Damansara.

Pemimpin yang hadir adalah Dato Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Datuk Shafie Apdal.

PH Plus di atas kertas disokong 109 MP, mencuba tanpa mengira masa dan situasi kembali ke Putrajaya.

Mereka tidak mahu menerima hakikat, bahawa sekarang ini bukan masa untuk membentuk kerajaan, kerana kerajaan sudahpun dibentuk.

Putrajaya diduduki Kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Keterujaan PH Plus ke Putrajaya, hanya kerana kerajaan PN disiokong 113. Mereka saban hari mencongak, jika dapat menarik 2-3 MP PN, maka mereka mengumumkan kerajaan kehilangan sokongan.

Boleh sahaja sampai bila-bila membuat pengumuman, seperti mana dilakukan Datuk Shafie berkaitan Bantuan Covid-19 Sabah, sehinggakan rakyat Sabah memberi gelaran kepada Presiden Warisan itu sebagai BAPA PENGUMUMAN.

PH Plus perlu menerima hakikat, bahawa jawatan Perdana Menteri tiada kekosongan.

Mungkin mereka mahu menyamakan keadaan antara 24-29 Februari, 2020, apabila berlakunya peroses perlantikan PM dan kerajaan. Keadaan pada masa itu berlaku, kerana adanya kekosongan jawatan Perdana Menteri.

Selagi tiada kekosongan jawatan PM, sekali itu, keterujaan PH Plus kembali ke Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan, kecuali jika diadakan pilihanraya dan mereka menang majoriti.

Dalam keadaan sekarang, jikapun mereka mendapat sokongan majoriti, tidak semestinya mereka boleh kembali dengan mudah, kerana mereka perlu berhadapan dengan pilihanraya.

Sebenarnya, tindakan mereka  yang menunjukkan keterujaan, walaupun ianya hanya anggapan mereka sendiri, bertujuan semata-mata mengwujudkan ketidak tentuan politik, untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dan pelabur.

Mereka melakukan asakan demi asakan kepada Kerajaan of the day, hanya sebagai penghibur hati mereka, kerana terkenangkan kuasa 22 bulan selepas PRU-14, yang hilang dengan mudah.

Mereka terlupa, apapun perancangan manusia, tidak akan menentukan keputusan sesuai dengan perncangan, kerana ada lagi yang lebih berkuasa, iaitu Tuhan Yang MahaEsa.

Bagi Kerajaan of the day yang dipimpin TSMY, sentiasa memunajat, kepada TYME diserahkan, dan sementara masih ada kuasa, menggunakan kuasa itu untuk kepentingan rakyat dan negara.

Atas kepasraan pada TYME tersebut, maka gerakan PH Plus mahu menghilangkan sokongan majoriti kepada PN, tidak menjadi, apa yang berlaku sebaliknya.

Di Sabah kini, cukup hangat dan panas diperkatakan, ada 4MP Warisan bakal menyokong PN dalam masa terdekat, sebelum sidang parlimen yang dijadualkan pada 13 Julai.

Keadaan bertambah panas lagi, apabila Tan Sri Musa Aman dibebaskan dan dilepas daripada semua pertuduhan mahkamah.

Musa  sedang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan saman beliau terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal siapa Ketua Menteri sah Sabah berasaskan Perlembagaan Negeri.

Ramai ADUN Sabah khususnya yang sedang bersama Warisan, ternanti-nanti keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808