PH PLUS setiap hari memasang jerat, dan setiap sampai waktu, memeriksa jerat kalau-kalau dapat menjaring 2-3 ahli parlimen daripada PN.
Pada 29 Mei, jerat mereka hampir mendapat mangsa, nasib baik MP yang bakal jadi mangsa tangkas menekan brek, jika tidak- terjaring sudah.
Mereka yang memasang jerat, nampak sudah bahawa 3 mangsa menghala ke jerat, sebab itu heboh, PN bakal tumbang atau parlimen bakal tergantung.
2 bakal mangsa cepat-cepat menafikan, tidak terjerat. Manakala, seorang lagi sanggup masuk jerat, jika mendatangkan kebaikkan pada dirinya dan kepada yang menjerat.
Ironinya, mereka yang bakal menjadi mangsa jerat, adalah separti dengan Perdana Menteri, malahan ahli parlimen ori.
Melihat game daripada jauh, jikapun kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin tumbang, bukan daripada Umno, PAS, GPS, MCA, MIC, PBS, PBRS, atau STAR melainkan daripada parti Perdana Menteri.
Kedudukan kerajaan PN yang hanya mempunyai 113 ahli parlimen, 2 MP berpaling tadah- parlimen tergantung, 3 MP berpaling tadah- maka tumbang. Jika tumbang, apa kah ada perlantikan PM-9? Atau bubar parlimen.. Bubar parlimen adalah jalan terbaik menyelesaikan kemelut politik. Biar lah rakyat menentukan kerajaan yang stabil, lagi pun UMNO sudah memberi isyarat, bersedia untuk PRU-15.
Umno tidak boleh menang bersendirian. Perlu berkerja sama dengan parti-parti lain. Kerana piagam bersama PAS, maka adanya Muafakat Nasional. Umno masih dengan BN bersama komponen asal MCA dan MIC plus PBRS parti kecil daripada Sabah.
Jika Umno bersifat setia kawan, maka perlu berganding bahu dengan parti-parti dalam “perikatan nasional”. Gunakan lah pendekatan menang-menang, jangan tamak, yang mustahak Malaysia diperintah oleh parti yang berlandaskan parti melayu/bumiputra.
Kalau agihan kerusi antara Umno, Pas dan Bersatu tersusun dengan baik, 3 parti itu boleh menang sekurang-kurangnya 110 kerusi. Hanya memerlukan 38 kerusi daripada GPS, MCA, MIC, PBS, PBRS dan STAR untuk mendapat kuasa 2/3.
Berasaskan mood rakyat sekarang, jika PRU-15 diadakan, PN bakal menang dengan kuasa 2/3 seperti mana sebelum PRU-2008.
Jika pihak PH Plus terus mengertak menumbangkan kerajaan, maka PN perlu lah membuka jalan untuk PRU-15.
PN kena ikut mood rakyat yang muak dengan tindakan menumbangkan kerajaan, kerana bukan sahaja menyebabkan pelabur asing enggan masuk melabur, juga kerajaan tidak dapat menumpuhkan masa kepada pemulihan ekonomi impak kepada covid-19.