JELAS sekali berasaskan doktrin pemisahan kuasa di antara tiga organ utama pemerintahan iaitu badan ekeskutif, legislatif dan kehakiman; mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan dalaman parlimen atau mana-mana dewan undangan negeri (DUN) yang kebal daripada campurtangan badan kehakiman.(Mantan Speaker Dewan Rakyat-Tan Sri Pandikar Amin Mulia).
Apa kah hakim mahkamah tinggi yang menetapkan 30 julai mendengar saman 2 individu berkait sidang sehari parlimen pada 18 Mei lalu terlepas pandang berkaitan doktrin pemisahan kuasa?
Pada 29 Ogos, 2017- Ketua Hakim Negara masa itu Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan lima hakim sebulat suara menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan dalaman parlimen atau mana-mana DUN.
Tidak pasti lagi apa kah saman dua individu tersebut berasakan peribadi atau bukan, kerana dua defenden adalah Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohd Ariff Md Yusof.
Saman pemula 2 individu rakyat Malaysia tersebut mencabar kesahian sidang sehari parlimen. Apa kah penyaman itu mempunyai locus standi yang terlepas pandang oleh Hakim? Atau kah mendengar saman tersebut akan berakhir, sesuai dengan doktrin pemisahan kuasa antara tiga organ utama pemerintahan. Jika demikian pengakhitrannya, maka saman tersebut hanya buang masa, dan sepatutnya ditolak daripada awal!!!