PEMIMPIN atau penyokong PH mengunapakai kata laluan -NOMBOR KAMI CUKUP, untuk terus mengacah Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin.
Senario di atas lah yang sedangkan dihadapi Kerajaan Perikatan Nasional yang dikatakan disokong 113 ahli parlimen, tetapi belum teruji secara undian angkat tangan.
Tetapi apa yang pasti, angka 113 itu sehingga kini kukuh, walaupun semalam dihebohkan dengan berita palsu, kononnya 2 menteri dan seorang timbalan menteri akan berpaling tadah.
Cerita tidak berhenti di situ, Daily Express (berita tempatan Sabah) mengulang siar di muka hadapan laporan surat khabar cina Sin Chew Daily menurut surat khabar tersebut, Tun Dr Mahathir akan melantik Datuk Shafie Apdal sebagai Timbalan Perdana Menteri jika dapat tumbangkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin.
Menurut surat khabar tersebut Tun sangat yakin bahawa sokongan PH dengan 92 kerusi parlimen kekal kukuh kepada beliau, dan hanya memerlukan tambahan 3 kerusi lagi disamping Warisan-9, Mahathir-5, PSB-2 dan UPKO-1.
Hakikatnya, kalau dianalisis laporan Sin Chew Daily itu hanya menggambarkan bahawa PH tidak peduli berkaitan kedudukan, janji mereka kembali ke Putrajaya.
Mereka lupa, bahawa matlamat mereka itu tidak akan kesampaian sepertimana terbentuknya Kerajaan Perikatan Nasional, kerana kunci ditangan TSMY. Jika benar lah mereka itu mempunyai jumlah sokongan, TSMY boleh sahaja menasihatkan YDP Agong membubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada PRU-15.
Jika parlimen dibubarkan, maka dalam tempoh 60 hari pilihan raya perlu dijalankan. Memandangkan wabak covid-19 belum reda, kemungkinan keadaan darurat dilaksanakan sehinggalah ditemukan vaksin penawar COVID-19.
Dalam tempoh darurat itu, kerajaan sekarang terus berfungsi sebagai kerajaan interim atau sementara. MAKA BERAKHIR LAH LALUAN NOMBOR KAMI CUKUP!!!