Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824

TINDAKAN TUN -MAIN LANGGAR - NEW NORMAL-ABNORMAL

$
0
0
HARI ini Tun Dr Mahathir masuk Pejabat Bersatu dan duduk di bilik pengerusi. Beliau sempat tweet lagi, menunggu yang memecat.

Semalam Setiausaha Kerja Bersatu mengeluarkan surat kepada 5MP bersatu menyatakan keahlian mereka terhenti dengan sendirinya, kerana melanggar Perlembagaan parti Fasal 10.2.2 dan 10.2.3.

Hari ini keputusan tersebut diperkuat oleh Setiausa Agung parti, dengan menguraikan sebab-sebab mengapa keahlian 5MP tersebut terhenti atau terlucut.

Tun Dr Mahathir dan 4 yang lain tidak mengiktiraf tindakan yang dibuat terhadap mereka, malah MP Langkawi itu menganggap beliau masih Pengerusi Bersatu.

Tun Dr Mahathir pada 24 Februari telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7. Pada masa yang sama juga beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi parti, selepas Tan Sri Muhiyiddin mengumumkan Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan.

Menurut Perlembagaan Bersatu, jika pengerusi meletakan jawatan, maka Presiden akan memangku sehingga pemilihan akan datang. Makna kata, TSMY adalah pemangku pengerusi sebaik sahaja pengerusi meletakan jawatan.

ROS telahpun mengeluarkan surat pada 5 Mei, bahawa perletakan jawatan Tun adalah sah, demikian juga pemangkuan TSMY adalah sah.

Berasakan kepada keputusan ROS, sebenarnya Tun bukan lagi pengerusi tetapi hanya lah sebagai ahli biasa sehingga keahlian beliau dilucutkan semalam.

Melihat tidak tanduk Tun hari ini, nampak sangat, tindakan Tun tidak lagi berasaskan apa yang tertulis atau norma-norma yang diterima, melainkan bertindak MAIN LANGGAR, seperti mana impak covid-19 terhadap manusia sejagad termasuk di negara kita, berubah kepada NEW NORMAL!!!. dan ABNORMAL!!!.

Manusia normal, hanya boleh mengurus manusia normal.. bukan lawan kepada normal!!! Penulis berpandangan seluruh jajaran kepimpinan Bersatu juga sedang pening sekarang ini, bagai mana mengurus tindakan abnormal.

Seronok diikuti perkembangan ini, kerana ianya satu pengajaran baharu pada penulis. Apa kah solusinya???.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824