Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Undi Tidak Percaya Pada Najib Sama Dengan Menjatuhkan Kerajaan BN

$
0
0
1. Apa yang tidak diberitahu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad adalah, jika berlaku undi tidak percaya kepada DS Najib Razak, dan undi yang tidak percaya itu sekurang-kurangnya 112 daripada 222, maka seluruh jajaran kerajaan akan turut jatuh. Sudah tentu jumlah majoriti daripada 112 adalah pembangkang (88), dan biasanya, parti yang majoriti yang membentuk kerajaan. Parti yang mempunyai banyak kerusi adalah DAP, ertinya DAP yang mengetuai kerajaan. Jika sekiranya ada sekatan/hambatan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, namun seorang pemimpin boneka akan di lantik seperti mana berlaku di Perak pada tahun 2008.

2. Atau jika berlaku undi tidak percaya terhadap DS Najib Razak, maka akan terletak kepada pertimbangan SP Baginda Agong parti mana yang paling banyak kerusi di Dewan Rakyat, jika ini berlaku, maka akan kembali kepada parti Umno, kerana Umno merupakan parti yang mempunyai paling ramai di Dewan Rakyat. SPBA akan menjemput daripada Umno untuk menubuhkan kerajaan, dengan syarat pemimpin Umno tersebut mendapat sokongan majoriti.

3.Pada para 2lah yang diinginkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, kerana tujuan beliau hanya menurunkan DS Najib, dan pada masa yang sama mahu mempertahankan kerajaan BN. Apa kah senario ini berlaku? jika berlaku, siapa pemimpin yang sanggup berbuat demikian? sedangkan dalam semangat Umno, Presidenlah yang bakal mengetuai sesebuah kerajaan, kerana atas sifat mempunyai kerusi yang paling banyak. Jadinya, jika kembali kepada parti yang mempunyai kerusi terbanyak maka DS Najib Razak akan mengetuai parti terbanyak, ertinya SPBA akan menjemput DS Najib untuk menubuhkan kerajaan.

4. Melihat kepada senario pada para 3, ertinya undi tidak percaya kepada DS Najib tidak berbaloi, dan ianya semata-mata hanya mahu memburukkan nama DS Najib.

5. Desakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada hari ke-2 himpunan Bersih 4.0 meminta agar ahli parlimen baik daripada BN mahupun pembangkang perlu mengusulkan undi tidak percaya kepada DS Najib di dewan rakyat, sebenarnya hanya bersifat memberi tekanan kepada DS Najib, selain sebagai bahan pihak media tempatan ataupun luar negara untuk diwar-warkan.

6. Atas sebab itu, jika benar ada ura-ura daripada MP BN, yang bakal ikut MP pembangkang, kerana berfikir semula, kerana tindakan seumpama itu, tidak mempunyai kesan tentang pihak mana bakal menubuhkan kerajaan, kecuali, para MP BN itu mengistiharkan keluar daripada BN. Jika itu berlaku, maka mungkin Bn hanya kehilangan kuasa baki yang ada sebelum PRU-14.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808