Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

113 AHLI PARLIMEN SOKONG PN BAGAIKAN TUGU DI TENGAH LAUTAN

$
0
0

APABILA visi menyatu, seperti mana dizahirkan oleh 113 ahli parlimen apabila membentuk kerajaan Perikatan Nasional, maka status mereka bagaikan tugu di tengah laut, apapun bentuk badai, gelombang tidak akan tergoyahkan.

Benar anggapan yang mahu menumbangkan kerajaan tersebut, termasuk juga pengulas-pengulas yang pro mereka, bahawa kerajaan PN adalah kerajaan yang tidak stabil, kerajaan bagaikan dihujung tanduk.

Tahun 2004, DUN Kelantan yang juga mempunyai status yang sama dengan kerjaan PN yang hanya mempunyai 2 kerusi majoriti, kerana semua ADUN tersebut bagaikan tugu, maka bertahan lah kerajaan Kelantan sehingga habis penggal.

Di Dun Kelantan untuk tempoh masa 2004-2008, setiap persidangan DUN dihantui dengan kemungkinan usul tidak percaya, memandangkan perbezaan kerusi yang sangat tipis antara kerajaan dan pembangkang. Demikian juga dengan Kerajaan PN, sentiasa dihantui oleh Usul Tidak Percaya, dan ianya sudahpun berlaku, apabila pada 8 Mei, Speaker menerima Usul Tidak Percaya kepada Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Semalam, semasa Sidang Parlimen sehari ( walaupun beberapa jam kerana hanya satu agenda) terlihat bagai mana susunan ahli parlimen, 113 blok kerajaan; 107 blok pembangkang dan 2 blok bebas-tetapi pro pembangkang.

Penulis yakin jumlah ahli parlimen yang menyokong kerajaan PN akan bertahan sehingga PRU-15, walaupun asakan demi asakan daripada pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir, dibantu oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Shafie Apdal.

Mengapa penulis katakan, bahawa kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhiyiddin boleh mengharungi badai dan taufan politik yang di bawa pembangkang, kerana parti yang membentuk kerajaan tersebut mempunyai misi yang serupa, selain menyelamatkan negara, juga kerajaan tanpa elemen parti DAP.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808