Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KERAJAAN WARISAN KONON KUKUH-TAK AKAN TUMBANG

$
0
0
KERANA ada majoriti 18 ADUN, berbanding parti-parti menyokong Perikatan Nasional (PN), maka kerajaan Warisan pimpinan Datuk Shafie Apdal yakin tidak akan tumbang.

Pandangan mereka, kerajaan Sabah tidak sama dengan kerajaan Johor, Melaka, Perak dan Kedah, kerana majoriti kerajaan tipis.

Sebenarnya mengubah kerajaan tidak bergantung tipis atau banyaknya majoriti, kerana tahun 2004, Kerajaan Kelantan hanya mempunyai majoriti 2 kerusi, tidak juga tumbang.  Demikian juga jika majoriti besar, tidak menjamin tidak tumbang, contoh kerajaan Pakatan Harapan, yang mempunyai majoriti yang sangat selesa, akan tetapi tumbang juga.

Para pemimpin Warisan dalam keadaan gusar, kerana mereka tidak dapat meneka siapa di antara mereka akan berpaling tadah.  Mereka yakin dengan pantasnya komunikasi, adalah cepat mengetahui siapa yang bakal berpaling tadah.

Terbukti komunkasi yang pantas tiada jaminan mengetahui siapa yang berpaling tadah, telah dibuktikan semasa PH tumbang. Demikan juga tumbangnya Kerajaan Kedah,  kerana tiada yang menyangka ADUN PKR menjadi pemudah cara tumbangnya kerajaan Dato Mukhriz Mahathir.

Untuk sementara, Kerajaan Warisan, tenang-tenang dulu, tunggu lah, masanya tumbang.

Kerajaan Warisan perlu yakin, bahawa politik Sabah sentiasa sealiran dengan Kerajaan Persekutuan, kerana tidak mahu mengulangi apa yang berlaku semasa Kerajaan PBS tahun 1990-1994, yang telah berakibat Sabah dan rakyatnya jatuh miskin.

Hakikat perlu diterima bermusuh dengan Kerajaan Persekutuan, sama dengan memudaratkan negeri dan rakyat. 

Penulis yakin, ramai wakil rakyat Sabah tidak sanggup memperjudikan nasib negeri dan rakyat, kerana hanya membela Datuk Shafie, Datuk Madius dan Datuk Peter. 

Rakyat Sabah sebenarnya sedar, menyandarkan nasib mereka kepada para pemimpin ini, sama dengan menggali kubur sendiri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808