Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KUASAI BERSATU-LANGKAH MUHIYIDDIN CUKUP KEMAS

$
0
0

NAMPAK macam senyap, apa yang berlaku dalam Bersatu, selepas parti itu keluar daripada PH dan bergabung dengan parti-parti lain membentuk kerajaan “Perikatan Nasional”.

Tindakan awal adalah memecat Setiausaha Agong, kemudiannya merestui perubahan kerajaan di Melaka, Johor dan Perak.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Muhiyiddin tidak bertanding jawatan Pengerusi, jawatan yang paling berkuasa dalam parti dan juga tidak bergerak di Kedah membiarkan kerajaan negeri itu diterajui Timbalan Presiden Bersatu yang mengekalkan kerjasama dengan PH.

Kerana langkah untuk bertaut dirosakan oleh Tun Dr Mahathir dengan membuat usul tidak percaya terhadap beliau, maka perubahan kerajaan Kedah yang hanya menunggu button untuk ditekan, digerakan. 

Menerusi gerakan itu, pergantian kerajaan Kedah, dikatakan diserahkan kepada Sultan Kedah untuk melantik Menteri Besar baru. Menerusi senario itu, Mukhriz bakal dipecat, jika beliau tidak meletakan jawatan.

Mukhriz dikhabarkan kehilangan sokongan, apabila beberapa ADUN daripada kem beliau yang belum dinamakan telah berpaling tadah.

Esok, Bersatu akan mengadakan mesyuarat MPT, tanpa kehadiran Tun dan anak beliau.  Dilihat menerusi apa yang berlaku, senario  terburuk adalah menggantung atau memecat keahlian dua pemimpin tersebut.

Jika itu berlaku, maka Bersatu akan dikuasai sepenuhnya oleh Tan Sri Muhiyiddin. Menerusi penguasaan tersebut, maka beliau akan menentukan halatuju parti tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808