DUA bulan, kerajaan PERIKATAN NASIONAL ( hanya panggilan) mengambil alih tapuk kerajaan Persekutuan, beberapa kerajaan negeri-Melaka, Johor, Perak daripada Pakatan Harapan (PH).
Memang PN hanya disokong ahli-ahli parlimen daripada UMNO-Bersatu-PAS-GPS-MCA –MIC-PBS dan STAR, tidak terikat dengan mana-mana perjanjian, ianya berlaku kerana satu tujuan- KERAJAAN TANPA DAP.
Setakat ini, pemahaman terhadap Kerajaan PN hanya untuk tempoh masa maksimum 3 tahun sehingga PRU-15 atau parlimen dibubar.
Kemudian itu, jika tidak berlaku perjanjian, maka masing-masing parti akan membawa haluan masing-masing pada PRU-15.
Muafakat Nasional (UMNO dan Pas) dan Barisan Nasional (Umno-MCA-MIC-PBRS), kemungkinan akan bertanding menggunakan logo yang sama dan akan bertanding sebanyak mungkin kerusi pada PRU-15 dan berharap mendapat sokongan rakyat untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan di negeri-negeri.
Berasaskan senario sekarang- hanya Bersatu tersepit dan terpaksa bergerak secara solo, menentang PH, MN +BN. Ertinya semua kawasan yang ditandingi Bersatu akan juga ditandingi MN+BN dan PH. Ini cerita di Semenanjung. Berbeza dengan di Sarawak dan Sabah.
Di Sarawak mungkin BN akan memberi peluang kepada GPS sepenuhnya melawan PH dan Bersatu, manakala di Sabah, BN akan bertanding sebanyak mungkin kerusi, melawan Bersatu, Warisan, PH, PBS dan STAR.
Melihat senario politik semasa, hanya MN dan BN; PH dan Warisan merupakan dua entiti yang saling berlawan, mendapatkan mandat rakyat. Kerana kedudukan politik memang demikian, maka ada yang mencadangkan para pemimpin Bersatu menyertai Umno/MN atau kembali bersama PH.
Untuk Bersatu kembali kepada PH, agak sukar, kerana adanya DAP dan tentunya kumpulan Azmin tidak akan sudi kerana adanya PKR. Pilihan Bersatu hanya bersama MN/BN.. Jika semua pemimpin MN/BN dan Bersatu membuang ego dan ketamakan, maka boleh dilaksanakan kerjasama, kata peribahasa, buang yang keruh ambil yang jernih, kerana hanya itu sahaja cara untuk mengelak DAP kembali semula. Fikir-fikrkan.