Di 5 negara ASEAN, jika dilihat nisbah kes terhadap penduduk, Malaysia di kedudukan ke-2 selepas Singapura., iaitu 1.7/10,000 berbanding Singapura 19.1/10000, dengan UK 20.3/10000, USA 26.2/10000, tetapi lebih tinggi berbanding Indonesia 0.3/10000 dan Filipina 0.6/10000.
Walaupun nisbah kes terhadap penduduk Malaysia lebih tinggi berbanding Indonesia dan Filipina, akan tetapi kebarangkaian jumlah yang terjangkit dalam masyarkat lebih sedikit berbanding 2 negara jiran tersebut, atas sebab nisbah kes-ujian di 2 negara tersebut tinggi, Indonesia 12.97% manakala Filipina 9,79%. Nisbah kes-ujian adalah penanda aras berasaskan piawaian WHO. Piawaian yang digunakan WHO, jika nisbah kes-ujian rendah, maka menunjukkan jumlah jangkitan pada penduduk rendah, jika tinggi, maka jangkitan di kalangan penduduk tinggi. Melihat nisbah kes-ujian di Singapura, UK dan USA adalah tinggi, sebab itu lah, setiap hari kes baru positif di negara-negara tersebut tinggi.
Di Malaysia, walaupun nisabah kes-ujian rendah, iaitu sedikit di atas 5%, akan tetapi, kerbarangkalian kes pada komuniti sasaran tinggi, seperti kawasan-kawasan yang terdapat rakyat asing. Kemungkinan jumlah kes positif di Malaysia bakal meningkat seperti mana berlaku di Singapura, kerana sumbangan rakyat asing. Melihat keadaan di Singapura, kemungkinan besar punca mengapa PKP dilanjutkan selama 2 minggu lagi selepas fasa 3 tamat pada 28 April.