Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

COVID-19: PETANDA PENAMATAN PKP MALAYSIA

$
0
0
Tanda-tanda penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila peratusan kes aktif/kebolehjangkitan (AC/TC) warna kelabu pada graf, menurun dengan rendah sekali, mungkin 4%, kerana belum ada piawaian yang ditetapkan sehingga kini. Peratusan untuk Malaysia setakat hari ini adalah 41.86%, kedua terbaik selepas Thailand. Jika peratus kebolehjangkitan rendah, secara automatik juga, kes baru rendah,juga peratusan discaj semakin tinggi atau menaik.

Pada Tabel di bawah, menunjukkan kes baru di Malaysia sentiasa landai, malah 2 hari merekodkan di bawah 100. Melihat perkembangan jumlah kes baru negara, sejak 18 Mac, hari pertama PKP, Malaysia bermula dengan 117 kes positif berbanding Filipina 15, Singapura 47 dan Indonesia 55. Sementara kes baru di negara kita sentiasa landai dan cenderung menurun untuk 4 hari terakhir, akan tetapi di 3 negara jiran sangat membimbangkan. Negara Singapura, dengan penduduk yang terkecil antara 5 negara dalam tabel, pada hari ini merekodkan 623 kes baru berbanding Malaysia 69.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808